Followers

Thursday, August 27, 2015

Jangan sampai Malaysia jadi negara gagal, kata Muhyiddin


Jangan sampai Malaysia jadi negara gagal, kata MuhyiddinTimbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada ahli parti Melayu itu Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara gagal jika kemelut yang melanda sekarang tidak ditangani secara berani dan berdepan.

Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri berkata, iklim ekonomi dunia tidak menentu, nilai ringgit merudum, kemelut politik luar biasa, kenaikan harga barang dan kos sara hidup, kebanjiran warga asing tidak terkawal dan sentimen pelabur dingin terhadap Malaysia merupakan bibit menjadi sebuah negara yang gagal.

"Saya yakin bangsa Melayu tidak akan menjadi bangsa yang dihina selagi kita berpegang teguh kepada ajaran Islam, menjadikan prinsip kebenaran dan keadilan sebagai panduan dalam kehidupan dan dipimpin oleh pemimpin yang amanah dan bertakwa kepada Tuhan," katanya dalam satu kenyataan malam ni.

Ahli Parlimen Pagoh itu pada masa sama berkata beliau menghargai pendirian Pemuda Umno yang masih menghormati jawatannya sebagai timbalan presiden parti walaupun disingkirkan daripada Kabinet.

"Saya amat menghormati dan menghargai pandangan berani kedua Pemuda yang saya percaya dibuat berlandaskan prinsip kebenaran dan keadilan yang teguh berpandukan ajaran Islam.

"Saya menyokong sepenuhnya pendirian Pemuda Umno dalam meletakkan semula Malaysia pada landasan yang betul," katanya.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin kelmarin berkata, pergerakan itu membuat ketetapan masih menghormati Muhyiddin walaupun beliau tersingkir daripada Kabinet.

“Jawatan ini (timbalan presiden) tak boleh dilantik, ia jawatan yang dipilih.

“Kita mengakui dan masih menghormati Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden dalam Umno,” katanya.

Khairy berkata demikian ketika mengulas usul yang dibuat dalam Persidangan Perwakilan Gabungan Umno Keningau dan Pensiangan yang mahu mencalonkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan presiden Umno pada pemilihan akan datang. – TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.