Followers

Thursday, August 13, 2015

Ketika ahli politik berbalah, Rafidah gesa penjawat awam pikul tanggungjawab


Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz berkata penjawat awam perlu bangkit bukti kemampuan ketika pemimpin politik bagai hilang arah mentadbir negara.

Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz berkata penjawat awam perlu bangkit bukti kemampuan ketika pemimpin politik bagai hilang arah mentadbir negara.

Bekas menteri Tan Sri Rafidah Abdul Aziz berkata, tiba masanya untuk penjawat awam bangkit membuktikan kemampuan mereka ketika waktu ini pemimpin politik bagaikan hilang arah dalam mentadbir negara.

Beliau yang juga bekas ketua Wanita Umno itu berkata, terdapat isu ekonomi yang memerlukan perhatian segera, seperti kejatuhan ringgit, memenuhi keperluan sektor swasta dan keseluruhan tahap daya saing Malaysia.

"Saya gesa semua peringkat dalam kerajaan, tolong teruskan urusan pentadbiran negara.

"Kalau nampaknya dalam lingkungan politik, kita sudah makin hilang arah, ...biarlah yang lain dalam kerajaan, bermula dengan penjawat awam yang dihormati, memikul tanggungjawab.

"Tolong.. teruskan dengan pentadbiran negara. Jangan benarkan sesiapa melihatnya seperti dalam keadaan tidak tentu arah," tulisnya dalam satu posting di laman Facebook hari ini.

Rafidah, bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri meluahkan kebimbangannya melihatkan kepada perkembangan yang berpunca daripada kontroversi sekitar firma pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Sudah agak lama juga kemelut ini bermula, dan kebimbangan paling utama saya kini menjadi nyata.

"Saya sebelum ini risau isu 1MDB bukan sekadar itu saja, tetapi akan ada banyak isu sampingan, plot dan sub-plotnya, isu sebenar, isu yang direka dan isu berbangkit, yang akan muncul dalam kegelapan politik, kelemahan dan ketamakan manusia."

Beliau menggesa pihak berkuasa untuk "teruskan dan menyambung setiap aspek siasatan" dan melakukannya tanpa rasa takut atau gentar.

Rafidah kebelakangan ini dilihat menggunakan laman Facebook beliau bagi menyatakan kekhuatirannya mengenai keadaan dalam negara ini.

Ia susulan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi perhatian dan mengundang kritikan berhubung dakwaan wang RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya daripada syarikat berkaitan 1MDB.

Wang tersebut kini disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sumbangan politik dari Timur Tengah.

Polis ketika ini masih menyiasat 1MDB yang mempunyai hutang sebanyak RM42 bilion.

Sementara itu, SPRM sedang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada dana pencen kerajaan, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP.

Pada 10 Ogos, Rafidah menulis di Facebooknya:"Saya ngeri setiap kali ada berita atau perkembangan terbaru mengenai krisis 1MDB dan isu berkaitan... saya sering bertanya diri sendiri, apa sudah jadi dengan negara ini?” – 12 Ogos, 2015.

.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.