SHAH ALAM -
Umno Bahagian Shah Alam mendakwa Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad
sebagai alat DAP yang mana seolah-olah bertanggungjawab memecah-belahkan
pengundi Melayu di kawasan tersebut.
Ketuanya Datuk Azhari Shaari berkata, oleh itu Khalid Samad perlu disingkirkan daripada bumi Shah Alam.
“Sekarang DAP sedang merangka gerak
kerja untuk menghancurkan Pas dengan menaja penubuhan gerakan Harapan
Baru yang lebih menjurus kepada DAP.
“Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam
juga salah seorang perlu dinyahkan dari bumi Shah Alam,” katanya dalam
ucapan dasar Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Shah Alam, di Wisma PKPS
hari ini.
Jelas beliau, DAP yang disifatkan sebagai pencipta fitnah itu mampu memecah-belahkan bangsa Melayu tidak kira Umno mahupun Pas.
“DAP memang bijak dan mahir di dalam
strategi politik mereka, lihat bagaimana mereka merobek dan
memecah-belahkan rakan sekutu mereka iaitu Pas, dulu berpeluk arab
bagai, makan bersuap sedulang, tidur sekatil sebantal, berpentas ceramah
bersama.
“Tetapi sekarang Pas dianggap pengkhianat PR kerana memperjuangkan hukum ALLAH iaitu Hudud,” jelasnya lagi.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada
ahli Umno supaya sentiasa berfikiran rasional, matang serta mempunyai
keyakinan yang tinggi terhadap pucuk pimpinan parti.
“Parti kini memerlukan sokongan yang
tidak berbelah dari kita semua dalam mengharungi badai politik yang
dicipta pembangkang terutamanya DAP untuk memecahbelahkan kita dan
menghancurkan agenda menegakkan syiar Islam dan ketuanan Melayu di bumi
bertuah Malaysia,” ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.