Followers

Thursday, August 27, 2015

Kembalikan Muhyiddin TPM panjangkan hayat Umno, kata Perkasa OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Pulangkan jawatan timbalan perdana menteri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kelangsungan politik Umno, kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

Pulangkan jawatan timbalan perdana menteri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kelangsungan politik Umno, kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.


Umno hanya dapat meneruskan survival politiknya di Malaysia jika Datuk Seri Najib Razak mengembalikan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri, kata Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, jika Muhyiddin tidak dikembalikan sebagai timbalan perdana menteri maka jawatan nombor 2 kerajaan itu hanya akan dipegang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sehingga pilihan raya umum yang akan datang.

"Muhyiddin ini talian hayat Umno. Kalau betul Muhyiddin dipecat 9 hari bulan ini bererti ini orang ngantuk disorong bantal. Maknanya lubang yang digali makin dalam.

"Kalau bijak, pada saya Najib mengembalikan jawatan timbalan perdana menteri pada Muhyiddin, pada saya ini boleh menjadi talian hayat pada Umno.

"Dia (Zahid) masih jadi menteri. Kalau kesian, dia jadi timbalan perdana menteri setakat 2 tahun ini. PRU14 kalah, habislah. Usah kata TPM, jawatan menteri pun hilang," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas mengenai kenyataan Najib akhir-akhir ini kerap mempertahankan dirinya, Ibrahim berkata Najib dikelilingi penasihat yang salah di sekitarnya.

Katanya, kenyataan pemimpin Umno di peringkat bahagian baru-baru ini juga disifatkannya sebagai luar biasa dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Saya mungkin silap tetapi dalam banyak perkara, Najib menerima nasihat yang salah sekelilingnya.

“Najib kena semak balik penasihat yang diberi tanggungjawab perkara tertentu sama ada mereka menguntungkan atau menjahanamkan beliau,” katanya.

Ibrahim berkata sudah tiba masanya pemimpin Umno mencerminkan diri mereka kerana rakyat akan membuat penilaian kepada kerajaan setiap 5 tahun sekali melalui pilihan raya.

Katanya, kebanyakan kenyataan pemimpin Umno pada masa ini lebih banyak mengundang kemarahan rakyat melalui kenyataan yang seolah-olah memperbodohkan rakyat.

“Banyak tindak-tanduk pemimpin Umno yang bukan menarik sokongan orang tetapi buat orang marah. Kenyataan takbur, ego dan serang orang.

“Saya cadang menteri ini fikir 100 kali setengah jam sebelum buka mulut. Bila buka mulut, orang tak gembira. Kenyataan seolah-olah mempersendakan minda rakyat.

“Kalau tongkat langit tak apa. Kalau nak diperiksa 4 tahun sekali dalam pilihan raya, jangan takbur,” katanya. – 26 Ogos, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.