Followers

Thursday, August 27, 2015

Dengan adanya GHB, PAS bakal rugi meskipun bersama Umno. - Hazlan Zakaria SUARA LANTANG:



PAS bakal rugi walau pun bersama Umno ??

Dengan semakin ramai ahli di peringkat akar umbi keluar parti, mungkin PAS perlu gusar tentang kesan penubuhan entiti yang dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Meskipun kepimpinan ulama di dalam PAS menafikannya dan bersikap tidak acuh dengan pihak yang dianggap sebagai serpihan, mereka seharusnya mengambil perhatian terhadap GHB yang bakal menubuhkan parti politiknya sendiri.

Penganalisa menjelaskan, ia bukan seperti Hamim atau Berjasa, yang dahulu dicetuskan golongan serpihan PAS.

PAS bukan melakukan pembersihan dengan keluarnya golongan yang tidak puas hati ini. Sebenarnya ia lebih dilihat sebagai pendarahan.

Di masa lalu, golongan yang keluar PAS tidak mampu menggugatnya tetapi keadaan GHB hari ini berbeza.

PAS perlu sedar bahawa ia juga dahulu tertubuh daripada Umno yang berlainan ideologi, apabila ahli-ahli Umno yang berpaksikan Islam keluar parti.

Walaupun PAS tidak dianggap ancaman kepada Umno, ia menjadi parti pembangkang yang kukuh terutama selepas ia menjadi platform bagi menunjukkan halatuju yang baru.

Dalam kes PAS, ahlinya percaya Umno memperjuang Bangsa dan Negara, berbanding Agama.

Dan kini bagi kumpulan GHB, mereka percaya Islam perlu menjadi kuasa penggerak umat Islam yang tidak mengekang atau terlalu ketat.

Gerakan baru ini mahu prinsip Islam ditekankan, namun bukan melalui kanun jenayah hudud yang boleh dilakukan kemudian dalam usaha tidak menakut-nakutkan golongan bukan Islam serta umat Islam moden.

Seakan serupa dengan PAS, GHB telah bermula dengan menganjur siri jelajahnya dan juga forum tentang pentadbiran Islam, membentang kertas putih tentang bagaimana Islam dapat diintegrasi di dalam pentadbiran negara. Satu cadangan diasaskan Piagam Madinah, yang tidak menekankan larangan ekstremis.

Jelas mereka punyai nilai di sebalik usaha dan kini menyaingi PAS di dalam pandangan mengenai ciri-ciri negara Islam. Seharunya PAS melihat bagaimana kumpulan ini menyusun organisasi di peringkat negeri dan bahagian yang seakan dengannya.

Dan ahli di peringkat akar umbi memberi sokongan kepada mereka. Pendarahan yang berlaku sewajarnya mendatangkan kebimbangan kepada PAS tentang bertapa seriusnya keadaan di mana ahlinya keluar beramai-ramai.

Namun PAS masih mengekalkan majoriti ahli di peringkat akar umbi yang berdisiplin. Pun begitu, perlu disedari bahawa kumpulan GHB besar kemungkinan mampu menarik sokongan bukan Islam dan Melayu bandar selepas terjadinya tsunami politik pada PRU12 yang lalu.

Peningkatan ahli, penerimaan dan jangkauannya dibantu juga kerjasama dengan PKR dan DAP. Dalam pada itu, PAS pula telah kehilangan persona dan kepimpinan tokohnya Nik Aziz Nik Mat, yang bertanggungjawab menjadikan PAS sebagai parti politik arus perdana.

Kumpulan progresif di dalamnya pula bertanggungjawab merapatkan jurang dengan DAP dan PKR sedikit masa dahulu.

Ketika PAS masih dibelenggu kerangka Pakatan Rakyat yang telah musnah, dengan menghadapi tentangan DAP kerana hudud dan impian Negara Islamnya, golongan progresiflah yang memulihkan keadaan.

Namun dengan presiden hari ini yang keras kepala, sukar bagi PAS kembali ke dalam gabungan pembangkang. Dan GHB dilihat lebih sesuai dengan PKR dan DAP.

Selain kehilangan ahli-ahli bijaksana yang menjadikan PAS diterima ramai, parti itu kini tidak mampu menawarkan apa-apa lagi kepada gabungan pembangkang.

Jadi apa usaha yang perlu dilakukannya bagi menjauhi kesulitan yang bakal terhasil? Bagaimana ia mahu mengekalkan ahlinya?

Itu tak mungkin berlaku. Tindakan disiplin ke atas GHB akan menjadikan keadaan bertambah parah dan semakin ramai yang akan keluar parti kelak. PAS kini dianggap kalah dari segi persepsi dan tiada lagi modal politik bagi mengelakkan kebinasaan.

Mungkin ia akan kembali sebagai parti terpencil seperti dahulu kala. Namun ironinya, sekiranya spekulasi boleh dipercayai, PAS mungkin bekerjasam bagi kembali ke persada Umno atas nama hudud.

Walaupun demikian PAS tetap akan tewas, kerana pemerhati berpendapat Umno tidak mungkin membenarkan pentadbiran Islam terlaksana.

Hazlan Zakaria merupakan anggota Semut Harian yang gemar membaca dan memerhati dunia tanpa selindungan. Komen dan cadangan dapat disampaikan kepada hazlan@hckmedia.com.
 

Posted by mountdweller.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.