Followers

Monday, August 10, 2015

Intelektual dunia bersama tuntut Anwar bebas


Zar Ali's photo.

Mungkin itulah hadiah hari ulang tahun paling bermakna buat Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila sekumpulan intelektual dunia tampil bersama menuntut pembebasannya tanpa syarat. 

Dalam kenyataan bersama itu, kumpulan itu antaranya mengutuk penjara lima tahun terhadap Anwar dan percaya ia sebagai sebuah “fitnah politik”. 

Antara nama-nama besar yang tampil menyatakan bantahan mereka termasuk, John L Esposito, Richard Falk, Noam Chomsky, Slavoj Žižek, Francis Fukuyama, Saad Eddin Ibrahim dan Karen Armstrong.

“Kami menggesa kerajaan Malaysia, yang seringkali menyatakan ingin menjadi sebuah demokrasi terbaik di dunia untuk membebaskan Anwar Ibrahim, dan mengangkat prinsip-prinsip demokrasi tanpa sebarang syarat,” kata mereka. 

Kenyataan bersama 33 orang itu, termasuk separuh tokoh pelbagai bidang Filipina, itu diedarkan oleh PKR hari ini sempena ulang tahun ke-68 Anwar hari ini. 

Anwar memang terkenal mempunyai hubungan baik dengan tokoh-tokoh intelektual di pelbagai negara sebelum ini. Bagaimanapun, mereka tidak pernah tampil dengan kenyataan bersama menyatakan sikap jelas sebelum ini. 

Kenyataan itu dilihat sebahagian kempen berterusan penyokongnya bagi memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia. Anwar dipenjarakan lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.~ 


malaysiakini
Intelektual dunia bersama tuntut Anwar bebas Mungkin itulah hadiah hari ulang tahun paling bermakna buat Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila sekumpulan intelektual dunia tampil bersama menuntut pembebasannya tanpa syarat. Dalam kenyataan bersama itu, kumpulan itu antaranya mengutuk penjara lima tahun terhadap Anwar dan percaya ia sebagai sebuah “fitnah politik”. Antara nama-nama besar yang tampil menyatakan bantahan mereka termasuk, John L Esposito, Richard Falk, Noam Chomsky, Slavoj Žižek, Francis Fukuyama, Saad Eddin Ibrahim dan Karen Armstrong. “Kami menggesa kerajaan Malaysia, yang seringkali menyatakan ingin menjadi sebuah demokrasi terbaik di dunia untuk membebaskan Anwar Ibrahim, dan mengangkat prinsip-prinsip demokrasi tanpa sebarang syarat,” kata mereka. Kenyataan bersama 33 orang itu, termasuk separuh tokoh pelbagai bidang Filipina, itu diedarkan oleh PKR hari ini sempena ulang tahun ke-68 Anwar hari ini. Anwar memang terkenal mempunyai hubungan baik dengan tokoh-tokoh intelektual di pelbagai negara sebelum ini. Bagaimanapun, mereka tidak pernah tampil dengan kenyataan bersama menyatakan sikap jelas sebelum ini. Kenyataan itu dilihat sebahagian kempen berterusan penyokongnya bagi memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia. Anwar dipenjarakan lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.~ malaysiakini

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.