Followers

Friday, August 21, 2015

DEIG dibincang secara matang, tidak seperti 1MDB, kata Speaker Selangor OLEH YASMIN RAMLAN



Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh berkata isu Pelaburan Kewangan Darul Ehsan (DEIG) tidak terjadi seperti isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh berkata isu Pelaburan Kewangan Darul Ehsan (DEIG) tidak terjadi seperti isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh hari ini melahirkan rasa bangganya terhadap perdebatan berhubung isu Pelaburan Kewangan Darul Ehsan (DEIG) kerana ianya didebatkan secara terbuka.
Yeoh berkata, perkara itu tidak terjadi seperti isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kekal tidak dijawab sehingga sekarang.
"Apa yang terjadi semalam adalah sangat menarik, sedangkan isu 1MDB juga masih kekal tidak berjawab setelah sekian lama. Apa yang berlaku di Selangor, walaupun DEIG belum terdapat sebarang aktiviti, seperti yang dikatakan menteri besar, jawatankuasa pilihan sudah pun membentangkan kertas kerja.
"Terdapatnya 'check and balance' dan semua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dwi-partisan semalam mengambil masa untuk berdebat," katanya kepada pemberita di lobi DUN, di Shah Alam hari ini. – 20 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.