Followers

Monday, August 17, 2015

AMANAH

Nurliyana Abdullah's photo.

DULUnya ada seorang raja Arab mahu jumpa perdana menterinya, tetapi sebaik baginda sampai di pondok sekuriti pejabat perdana menteri, itu sekuriti bertanya apakah baginda mendapat kelulusan untuk masuk ke pejabat perdana menteri dan baginda kata “tidak ada”

Lalu sekuriti itu menjelaskan yang baginda tidak boleh masuk kecuali ada kelulusan dan baginda tidak membantah dan baginda segera hubungi perdana menteri dan menyatakan yang baginda tak dapat masuk kerana sekuriti tidak membenarkan.

Perdana menteri memarahi sekuriti dan bagindapun dibenarkan masuk untuk membincangkan sesuatu dan setelah selesai perdana menteri segera mengarahkan yang berkenaan memecat sekuriti itu.

Pemecatan itu segera diketahui oleh Raja dan Raja menghubungi Perdana Menteri agar menarik balik pemecatan itu sebaliknya baginda menitahkan perdana menteri untuk menaikkan pangkat sekuriti itu ke jawatan yang lebih tinggi dan perdana menteri terpaksa akur.

Nah, berdasarkan cerita ini, maka ingatlah meskipun kita tinggi pangkat tetapi tidak semestinya kita itu berkuasa tidak patuh terhadap peraturan2 yang ditentukan.

Terkait kasus ini, saya tadinya mengurus sesuatu hal dan memang saya diamanahkan sepenuhnya mengatur dan dalam mesyuarat telah ditentukan dan tiba2 seseorang yang tidak tahu cerita asal lalu mengubah-ubah seuatu yang ditentukkan tanpa kasih tahu saya dan saya mula naik angin segera saya sergah dia dan mengatakan agar jangan pandai memandai tanpa tahunya saya.

Mulanya dia usaha untuk mengajar saya bagaimana kendalikan sesuatu dan saya tetap bertegas bahawa yang ditetapkan harus dipatuhi dan jika tidak saya persilakan “OUT” saja dan jangan ada usaha memandai-mandai.

Akhirnya dia diam dan malu lalu wajah macam ditampar malaikat dan kelihatanya dia salah orang dan saya jangan ada usaha mahu makan tetap saya sergah dan lawan. 

Iya, orang lain, silakan tetapi jangan anak murut yang seorang ini pasti siap kamu dikerjakan.

Kita kena disiplin bila kendalikan sesuatu kerja yang diamanahkan tanpa fikir apakah dia boss atau kuli tidaklah kita peduli dan semua orang kena patuh aturan dan undang2 yang ditetapkan dan inilah yang dikatakan amanah.


NURLIYANA ABDULLAH
Yayasan Sabah
16/8/2015

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.