Followers

Friday, August 21, 2015

1MDB - Seorang Pegawai Pejabat AG Dipecat Dan Dilucut Taraf Penduduk Tetap



T E R K I N I ? ? ? ?




Pegawai di Pejabat AG ditamat perkhidmatan, PR dibatalkan


Seseorang pegawai yang bertugas di Pejabat Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur, yang disiasat oleh pihak polis berkaitan dengan dakwaan kebocoran kertas pertuduhan yang didakwa mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, dikatakan telah ditamatkan perkhidmatannya.

Juga difahamkan bahawa Jessica, seorang warganegara Singapura, turut dibatalkan statusnya sebagai penduduk tetap (PR).


Sumber-sumber memetik dia telah ditamatkan perkhidmatannya sebagai ketua pentadbiran dan kewangan sekretariat pasukan petugas khas, dan juga dari Pejabat Peguam Negara.

Satu sumber yang mengetahui dari Pejabat Peguam Negara mengesahkan bahawa kontraknya dengan pejabat tersebut telah ditamatkan.

Seorang pegawai Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur, yang tidak mahu namanya disebut, mengesahkan seseorang telah bertanya pihaknya baru-baru ini tentang prosedur, selepas mendengar bahawa status penduduk tetap orang itu telah dibatalkan.

Jessica, dan bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Rashpal Singh, ditahan polis pada 31 Julai, berkaitan dakwaan kebocoran kertas pertuduhan yang dilaporkan dalam Sarawak Report.



Turut ditahan ialah timbalan pendakwaraya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairi beberapa jam kemudiannya pada 1 Ogos.

Selain Jessica dan Rashpal, tujuh pegawai SPRM termasuk Ahmad Sazilee, sedang disiasat berhubung dakwaan kebocoran kertas pertuduhan itu.

Pasukan petugas yang menyiasat 1MDB pada asalnya dipengerusikan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, sebelum perkhidmatannya ditamatkan secara tiba-tiba pada pada 27 Julai.

Pasukan penyiasat antara jabatan itu, telah dibubarkan oleh AG baru Tan Sri Mohamad Apandi Ali.

Bloglist Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.