Followers

Wednesday, July 15, 2015

Wan Azizah desak kerajaan dedah laporan Interim Ketua Audit Negara FMT Reporters

 
wawi-husni
Rakyat berhak mendapat maklumat daripada Laporan Interim Ketua Audit Negara terhadap 1MDB.

PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendesak agar Laporan Interim Ketua Audit Negara didedahkan kepada umum supaya orang ramai boleh mengesahkan kesahihannya.

Beliau merujuk kepada kenyataan Menteri Kewangan II, Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang meminta pengkritik 1MDB, agar menghentikan dakwaan tidak berasas kerana Laporan Interim Ketua Audit Negara terhadap 1MDB, tidak menunjukkan bukti wujudnya salah laku.

“Amatlah tidak adil dan tidak wajar untuk merujuk isi kandungan dokumen yang kononnya 
menyatakan, tiada sebarang bukti salahlaku, walhal orang ramai tidak boleh mengesahkan kesahihan kenyataan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media yang dimuat naik di Facebook.

Beliau mengakui, kenyataan Husni tidak memperjelaskan isu sebenar dan menambah kekalutan serta mengelirukan lebih-lebih lagi apabila orang ramai dihalang mendapat maklumat daripada laporan berkenaan.

“Oleh kerana audit ini dilakukan dengan tujuan untuk memberikan pendedahan sepenuhnya operasi dan pengurusan 1MDB kepada umum, maka saya menggesa agar Laporan Interim Ketua Audit Negara ini didedahkan kepada umum serta-merta,” kata Wan Azizah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.