Followers

Wednesday, July 15, 2015

Kumpulan Mat Sabu Adakan Rundingan Dengan Adik Najib



Kumpulan pemimpin progresif PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu kini terlibat dalam perbincangan dengan wakil-wakil Datuk Seri Nazir Razak, adik kepada perdana menteri.

Ia mungkin mewujudkan kerjasama Gerakan Harapan Baru (GBH) dengan NGO baru yang dirancang oleh Nazir susulan kelemahan kepimpinan sedia ada, laporSingapore Straits Times.

Anggota parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa, antara terlibat dengan GBH, mengesahkan perbincangan dengan bekas timbalan menteri Umno Datuk Saifuddin Abdullah bulan lepas, yang dijangka mengetuai sebuah NGO baru.
“Saya perlu bincang cadangan-cadangan itu dengan anggota lain kumpulan sebelum memutuskan,” Mujahid dipetik sebagai berkata.
Saifuddin mengesahkan penglibatan mereka bertukar pandangan berhubung rancangan masing-masing kerana sudah terlibat dengan kerjasama dua pihak sebelum ini.

GBH ditubuhkan untuk merintis penubuhan sebuah parti Islam baru yang lebih terbuka kepada semua pihak, seterusnya memperjuangkan gabungan pembangkang “Pakatan Rakyat 2.0”.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.