Followers

Wednesday, July 15, 2015

Tun M nasihat supaya tidak melindungi dan menyembunyi fakta jenayah Adam Abu Bakar

 
mahathir_najib_600_1

Seseorang yang tahu tentang perlakuan jenayah tetapi melindungi dan mnyembunyikan fakta jenayah dikira bersubahat dan boleh didakwa.

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihak yang tahu jenayah berlaku tetapi melindungi dan menyembunyikan fakta tentangnya dikira bersubahat melakukan jenayah itu.

Katanya, orang yang bersubahat itu boleh dikenakan tindakan undang-undang yang sedia ada di negara ini.

“Mereka boleh disabitkan kesalahan membantu dan bersubahat melakukan jenayah. Mereka juga harus diambil tindakan undang-undang” tulisnya menerusi entri terbaru diblognya.

Mantan Perdana Menteri selama 22 tahun itu berkata, kerajaan Malaysia mahu dilihat sebagai sebuah negara yang benar-benar mempercayai hak asasi manusia, demokrasi dan juga undang-undang.

Namun, apabila pemberi maklumat mendedahkan kesalahan yang dilakukan oleh pihak kerajaan, secara tiba-tiba mereka yang mendedahkan maklumat itu disabitkan kesalahan, katanya.

“Pihak Kerajaan telah menyatakan bahawa pemberi maklumat harus dilindungi. Secara tidak langsung, mereka berguna untuk masyarakat kita.

“(tetapi) Mereka silap, adakah mereka tidak tahu bahawa pemberi maklumat tidak boleh mendedahkan maklumat yang membabitkan Perdana Menteri. Selain itu boleh (melibatkan orang lain dibolehkan) tetapi tidak Perdana Menteri,” tulisnya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Mahathir dipercayai merujuk kepada siasatan terhadap pihak-pihak yang membocorkan maklumat yang diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia negara kepada The Wall Street Journal (WSJ).

WSJ mendedahkan sejumlah USD700 juta atau RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun Ambank milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Baru-baru ini, Citizens For Accountable Governance Malaysia (CAGM) mendedahkan berjuta ringgit daripada akaun Najib disalurkan untuk kegunaan Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13).

Bank Negara Malaysia (BNM) juga menyiasat kebocoran maklumat akaun peribadi Datin Seri Rosmah Mansor yang menunjukkan kemasukkan RM2 juta ke dalam akaun Affin Bank milik isteri Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.