Followers

Sunday, July 5, 2015

TMJ sindir pemimpin rasuah........ Putera Johor sindir pemimpin rasuah terlepas hukuman

 
Zack Ahmad's photo.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi melahirkan kritikan terhadap pentadbiran negara yang menurutnya bersikap toleran dengan pemimpin rasuah.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berhubung pendedahan dana hampir RM700 juta disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ). 

Meskipun tidak menamakan perdana menteri tersebut, namun tulisannya yang dimuat naik dalam laman Facebook jelas menunjukkan kritikan itu ditujukan kepada Najib. 

Malah Tunku Ismail secara tidak langsung menyindir Najib dengan berkata perdana menteri itu terlepas tindakan walaupun terbabit dalam rasuah yang dianggap jenayah serius. 

"Rasuah adalah satu jenayah yang serius. Adakah anda tahu apa hukuman kerana melakukannya? 

Tiada apa-apa... 

Sekiranya anda salah seorang ahli beberapa organisasi," katanya dalam kiriman di akaun Facebook Johor Southern Tigers. Tunku Ismail yang kini dilihat kerap mengkritik Najib terutama dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), meneruskan sindirannya dengan berkata pihak mengetahui perbuatan tersebut tetapi tidak bertindak adalah lebih teruk. 

"Saya seorang sahaja seperti biasa, menyeru supaya sistem pengadilan sepatutnya mempunyai badan bebas agar tidak wujud sebarang kepentingan peribadi. 

"Terlibat dalam gejala rasuah adalah sifat yang sangat buruk. Diam dan tidak melakukan sesuatu mengenainya, adalah lebih keji. "Saya lebih suka tewas dengan penuh hormat, daripada menang dengan penipuan," katanya. 

Berikutan pendedahan WSJ dan Sarawak Report mengenai dana 1MDB yang disalurkan dalam akuan peribadi Najib, perdana menteri dikritik hebat oleh rakyat Malaysia dan pembangkang. 

Bagaimanapun, ketika kebanyakan menteri mempertahankan Najib, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin semalam meminta Najib disiasat dan tampil memberi penjelasan. – 5 Julai, 2015. 


Posted by mountdweller

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.