Followers

Sunday, July 5, 2015

Dakwaan terhadap Najib kelihatan berasas – Wan Azizah FMT Reporters

 
najib_azizah_Gani_600

ini berikutan pengakuan Peguam Negara yang telah melihat dokumen sama yang dipetik WSJ hasil serbuan di tiga premis pada Jumaat. 

PETALING JAYA: Dakwaan dibuat akhbar Wall Street Journal tentang sejumlah wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan berasas, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketua Pembangkang berkata, ini susulan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, yang mengesahkan beliau telah melihat dokumen sama yang dipetik akhbar tersebut dalam serbuan terhadap premis ketiga-tiga syarikat yang didakwa terlibat yang telah dilakukan pada Jumaat.

Katanya, sementara menunggu siasatan selesaikan dijalankan, persediaan perlu dilakukan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Sehubungan itu, beliau akan memanggil pertemuan tergempar dengan semua Ahli Parlimen Pembangkang bagi membincangkan hala tuju politik negara selepas dakwaan berat terhadap Najib.

Katanya, beliau juga akan menjemput Ahli Parlimen Barisan Nasional dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama dalam pertemuan tergempar ini.

Katanya, pertemuan akan diadakan pada Selasa ini di Bangunan Parlimen.

“Saya berharap melalui pertemuan ini, Ahli-ahli Parlimen dari semua parti serta NGO dapat menzahirkan satu keputusan yang melambangkan keprihatinan rakyat seluruh negara kepada kebolehpercayaan rakyat terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia,” katanya dalam kenyataan media.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.