Followers

Saturday, July 25, 2015

Tindakan kerajaan akan buat rakyat lagi marah – Ibrahim Ali Mohamad Fadli

 
ibrahim_ali
Kerajaan seharusnya menumpukan siasatan terhadap skandal 1MDB bukannya menimbulkan isu lain.

KUALA LUMPUR: Menggantung penerbitan akhbar dan menyekat pembangkang ke luar negara hanya akan membangkitkan lagi kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, kerajaan sepatutnya menyelesaikan masalah 1MDB bukannya menimbulkan masalah lain.

“Saya tak kata secara total saya tak setuju, tetapi kerajaan tidak patut menggantung The Edge hanya kerana mereka mendedahkan bukti scandal 1MDB.

“Ada tindakan keras, rakyat sokong namun tak semua. Rakyat sekarang boleh berfikir dan mereka bijak-bijak, tidak seperti zaman pemerintahan kerajaan dahulu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Perkasa.

Kementerian Dalam Negeri menggantung penerbitan The Edge Weekly dan The Financial Daily selama tiga bulan bermula 27 Julai kerana melaporkan skandal 1MDB yang didakwa boleh menganggu ketenteraman awam.

Sebelum ini, Rafizi Ramli dan Tony Pua dihalang meninggalkan negara ini dipercayai kerana pendedahan skandal 1MDB.

“Pada saya, yang penting siasat sama ada berlaku ada berlaku penyelewengan dalam 1MDB.

“Kerajaan perlu jawab betul-betil dan fokus menjawab isu berbangkit 1MDB,” kata Ibrahim.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.