Followers

Saturday, July 25, 2015

Kenyataan Haron Din pra-matang, kata Mujahid - Faiz Zainudin FMT

 
mujahid-rawa-harun-din

Kemenangan wakil rakyat Pas bukan bergantung sepenuhnya kepada undi ahli Pas tetapi penyokong Pakatan Rakyat.

PETALING JAYA: Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata kenyataan Datuk Dr Haron Din pra-matang apabila menyifatkan wakil rakyat Pas yang mendukung perjuangan Gerakan Harapan Baru (GHB) haram menikmati gaji dan elaun sebagai wakil rakyat Pas.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, kenyataan Mursyidul Am Pas itu terlalu awal kerana mereka masih ahli Pas dan belum menubuhkan parti baru.

“Benda ini tak jadi parti lagi, agak pra-matang nak buat andaian itu, pelantikan kami dari sudut parti kami dicalonkan oleh parti (Pas) dan kita berterima kasih atas kepercayaan yang diberi dalam PRU-13 lalu,” katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau yang juga salah seorang daripada lapan Ahli Parlimen Pas yang bersama GHB berkata, kemenangan yang diperolehi secara demokrasi atas sokongan pengundi Pakatan Rakyat, bukan semata-mata undi ahli Pas.

“Tiket Pas. Yang bagi menang siapa, bukan ahli Pas, tiket Pas jentera Pas tetapi rakyat menyokong kita kerana kita ada gagasan pada waktu iaitu Pakatan Rakyat.

“Perlu ambil kira faktor sokongan, kemenangan diberikan oleh rakyat yang mengundi, yang datang daripada orang ramai yang tak ada kena mengena dengan Pas termasuk undi dari Cina yang bukan ahli Pas dan saya rasa saya bertanggungjawab kepada undi mereka,” katanya.

Mujahid membangkitkan wakil rakyat Pas yang menang sama ada menjaga amanah yang diberi kepada meraka atau sebaliknya ekoran kemenangan yang diperolehi itu bukan sepenuhkan hasil sokongan ahli Pas tetapi PR.

“Kalau mereka ini tidak menunjukkan komitmen kepada Pakatan Rakyat, dengan tindakan mereka yang tidak mesra kepada PR ini juga perkhianatan kepada undi yang diberikan kepada mereka itu juga ia harus adil,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad enggan memberi sebarang komen terhadap kenyataan Harun Din yang didakwanya bukan kenyataan rasmi daripada Pas pusat.

“Saya tak nak komen atas apa kenyataan yang keluar dari surat khabar, Facebook dan sebagainya. Kita nak tunggu satu kenyataan rasmi yang diserahkan kepada kami melalui surat hasil daripada mesyuarat Pas Pusat dan dan hasil daripada mesyuarat yang sah bukanya kenyataan dibuat secara peribadi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.