Followers

Wednesday, July 8, 2015

Tidak Ada Siapa Dalam Dunia Ini Akan Mengaku !!

Najib nafi ambil dana 1MDB untuk 

kepentingan diri

najb-wsj

Najib yakin tuduhan WSJ itu disokong dan didokong oleh pihak tertentu dalam negara untuk menjatuhkannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan beliau tidak pernah mengambil dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk kepentingan diri sendiri.

Perdana Menteri berkata, tuduhan Wall Street Journal (WSJ) merupakan niat jahat yang didokong dan disokong oleh pihak tertentu dalam negara yang bertujuan memaksa beliau untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri,” katanya menerusi status yang dimuat naik di Facebook.

Katanya, Pasukan Petugas Khas telah menjalankan siasatan untuk menentukan sama ada tuduhan yang dibuat oleh WSJ bahawa beliau telah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri berasas atau tidak.

“Siasatan mesti mengambil kira kesahihan dokumen yang telah disiarkan bagi menyokong tindakan akhbar tersebut,” katanya.

Najib menegaskan, beliau telah mengarahkan pasukan peguamnya untuk menghantar surat kepada WSJ pada Rabu bagi meminta pengesahan mengenai laporan surat akhbar tersebut sebelum mengambil tindakan undang-undang (surat tuntutan).

“Sebagaimana arahan saya, surat peguam tersebut meminta WSJ mengesahkan pendirian akhbar tersebut berikutan laporan yang telah dibuat menuduh saya menyalahgunakan dana USD700 juta milik 1Malaysia Development Berhad.

“Peguam saya akan mengambil tindakan selanjutnya selepas mendapat pengesahan dari akhbar tersebut,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.