Followers

Tuesday, July 21, 2015

Tiada konspirasi bawah tanah jatuhkan Najib – Tun M Khairil Ashraf

 
mahathir,najib

Tun Dr Mahathir turut menyatakan tiada keperluan menyediakan penyiasat atau ejen khas untuk menyiasat konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri.

PETALING JAYA : Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada konspirasi bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebaliknya hanya pengakuan secara terbuka oleh beliau yang mendesak Najib meletak jawatan.

Bekas Perdana Menteri berkata, tiada keperluan menyediakan penyiasat atau ejen khas untuk menyiasat konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri kerana desakan untuk melihat Najib berundur telah diketahui semua orang.

“Adakah terdapat konspirasi? Adakah seseorang atau beberapa orang berkonspirasi seperti gerakan rahsia bawah tanah untuk menjatuhkan Najib.

“Ia mungkin boleh terjadi sebelum ini tetapi selain daripada orang mengadu secara peribadi tentang rasa tidak puas hati mereka dengan pentadbiran Najib, tidak ada orang yang merancang menjatuhkan beliau.

“Itu bukan untuk mengatakan bahawa mereka mengalu-alukan idea beliau meletakkan atau mengosongkan jawatannya. Tetapi perancangan aktif bawah tanah dan tindakan memang tiada ada,” katanya dalam entri terbarunya chedet.cc.

Dr Mahathir berkata, beliau secara terbuka mendesak Najib untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Jadi, sekali lagi, di mana konspirasinya!! Ia semuanya terbuka. Tiada keperluan untuk berkonspirasi. Ia kempen terbuka supaya beliau berhenti jadi Perdana Menteri,” katanya.

Negarawan itu turut menyelar laporan akhbar Utusan Malaysia yang menggunakan tajuk ‘mengelirukan’ bagi mengelirukan orang ramai dalam menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

“Untuk berbuat-buat baik dengan Perdana Menteri, mereka (Utusan) lebih suka mengelirukan orang. Penyuntingnya pandai menulis tajuk berita yang mengelirukan.

“Contohnya, apabila kenyataan dibuat supaya pasukan petugas empat anggota dibiarkan membuat kerja mereka, tajuk beritanya ialah, ia tanda sokongan terhadap Perdana Menteri,” katanya.

Beliau turut menyelar seorang Menteri kerana membuat kenyataan ‘pra- matang’ bahawa tidak ada kesalahan yang dibuat oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kemudian, ada seorang Menteri, selepas mengatakan bahawa laporan interim menunjukkan tidak ada apa-apa kesalahan 1MDB, menasihatkan pula orang lain supaya tidak berkata apa-apa mengenai 1MDB sehingga laporan itu diterbitkan.

“Tetapi, dia sendiri telah membuat kenyataan pra-matang,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.