Followers

Wednesday, July 29, 2015

Tetap pendirian isu 1MDB walaupun disingkirkan, kata Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke program Persidangan Antarabangsa Matrix Global School di Bandar Baru Sendayan, Seremban, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 28 Julai, 2015.

Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke program Persidangan Antarabangsa Matrix Global School di Bandar Baru Sendayan, Seremban, hari ini. 

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan keredaannya menerima keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menggugurkan beliau daripada jawatan nombor 2 negara dalam rombakan Kabinet hari ini.

Jawatan timbalan perdana menteri kini dipegang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang pada masa sama turut memegang portfolio menteri dalam negeri.

Muhyiddin sebelum ini antara yang lantang mengkritik 1MDB, syarikat milik Kementerian Kewangan yang mengumpul hutang mencecah RM42 bilion dalam masa 6 tahun beroperasi.

Terbaru, beliau membuat kejutan di mesyuarat Umno bahagian Cheras pada Ahad, apabila secara terbuka mengkritik cara perdana menteri, yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB dan menteri kewangan mengendalikan syarikat itu.

Beliau turut mendedahkan ada meminta Najib melepaskan jawatan sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB itu tetapi ia tidak diendahkan.

Beliau juga mengakui mengambil serius laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai sejumlah wang yang didakwa disalurkan ke dalam akuan peribadi Najib, mengatakan presiden Umno itu perlu menjelaskannya sendiri, bukan hanya melalui kenyataan Jabatan Perdana Menteri.

Muhyiddin juga mendedahkan beliau membangkitkan perkara tersebut beberapa kali dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno dan mesyuarat Kabinet.

Beliau juga berkata, Barisan Nasional akan kalah sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 diadakan dalam tempoh terdekat ini. – 28 Julai, 2015.

 Terbaru, beliau membuat kejutan di mesyuarat Umno bahagian Cheras pada Ahad, apabila secara terbuka mengkritik cara perdana menteri, yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB dan menteri kewangan mengendalikan syarikat itu.

Beliau turut mendedahkan ada meminta Najib melepaskan jawatan sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB itu tetapi ia tidak diendahkan.

Beliau juga mengakui mengambil serius laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai sejumlah wang yang didakwa disalurkan ke dalam akuan peribadi Najib, mengatakan presiden Umno itu perlu 
menjelaskannya sendiri, bukan hanya melalui kenyataan Jabatan Perdana Menteri.

Muhyiddin juga mendedahkan beliau membangkitkan perkara tersebut beberapa kali dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno dan mesyuarat Kabinet.

Beliau juga berkata, Barisan Nasional akan kalah sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Beliau turut mendedahkan ada meminta Najib melepaskan jawatan sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB itu tetapi ia tidak diendahkan.

Beliau juga mengakui mengambil serius laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai sejumlah wang yang didakwa disalurkan ke dalam akuan peribadi Najib, mengatakan presiden Umno itu perlu menjelaskannya sendiri, bukan hanya melalui kenyataan Jabatan Perdana Menteri.

Muhyiddin juga mendedahkan beliau membangkitkan perkara tersebut beberapa kali dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno dan mesyuarat Kabinet.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.