Followers

Wednesday, July 29, 2015

. PANAS SAMA PANAS, API BAKAR API.

 
Edward Stephen Edward Stephen's photo.
p/s: Dengan pengguguran Muhyidin Yassin sebagai
TPM dan perlantikan kabenit baharu
melibatkan angota jawatankuasa PAC.


Apakah isu 1MDB akan sepi?


Apakah Muhyidin Yassin akan tutup mulut?


Apakah Abdul Gahni Patail turut tutup mulut?


Apakah rakyat akan yakin nasib mereka terus
mendapat pembelaan sewajarnya dengan
menteri-menteri terkini yang adalah menurut
citarasa Najib Razak?


Jelas PRU-14 adalah tangga kepada Najib
Razak and the gang BN/ UMNO untuk terus
berkuasa dan mengaut untung dengan
mencekek leher rakyat - khususnya Sabah
dan Sarawak.


Ingat Sabahan dan Sarawakian jangan leka.

'Kabinet baru tingkatkan keyakinan awam' terhadap kerajaan BN menjelang PRU-14 ~ Najib Razak.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak percaya kabinet barunya, yang menyaksikan pengguguran timbalannya Tan Sri Muhyidin Yassin, akan meningkatkan keyakinan awam.

“Saya yakin bahawa, masa berlaku, kabinet baru ini akan meningkatkan keyakinan awam terhadap kerajaan dan BN menjelang pilihan raya umum ke-14,” katanya.

Najib juga menegaskan bahawa kepentingan rakyat dan negara amat penting.

“Tiada yang lebih penting daripada keperluan Malaysia dan rakyatnya – saya akan sentiasa letakkan kepentingan itu mengatasi segala-galanya,” katanya.

Najib berkata kabinet akan memastikan kerajaan mempunyai kekuatan dan perpaduan untuk menumpukan kepada usaha membangunkan negara ini dan mendepani sebarang cabaran.

“Susulan mandat yang diberikan secara demokratik kepada kerajaan BN dalam pilihan raya umum 2012, menjadi tugas saya untuk memastikan kerajaan menyempurnakan program transformasi,” tambahnya.

Beliau menegaskan kabinet haruslah bertindak sebagai satu pasukan yang padu.

Najib hari ini membuat keputusan drastik menggugurkan Muhyiddin selepas beliau dilihat lantang memberikan komen negatif terhadap syarikat pelaburan kontroversi negara 1MDB.

Tempat Muhyiddin digantikan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.