Followers

Friday, July 3, 2015

TANGKAP NAJIB !!!

Saya Tertekan, Kata Najib



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengakui bahawa beliau juga tertekan dengan laporan media yang menghakis sokongan kepada BN.

Beliau membangkitkan laporan media mementingkan kecepatan dan bukan ketepatan, yang menurutnya boleh membentuk tanggapan negatif kepada kerajaan.

“Saya pun depress (tertekan). 


Orangpolitik pun depress sebab kita mudah jadi sasaran.

“Orang media rugi pengedaran (akhbar). Kita rugi daripada segi undi. Sama juga depress,” kata Najib.

Beliau bercakap demikian dalam majlis berbuka puasa bersama media di ibu pejabat Sinar Harian di Shah Alam hari ini.

Najib juga membangkitkan laporan pembelian tanah Tun Razak Exchange oleh Tabung Haji pada hari terakhir kempen dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh sebelum ini sebagai contoh bagaimana berita mempengaruhi undi.

“Takkan kita nak guna duit rakyat untuk bailout (selamatkan) 1MDB. Itu bukan kerajaan punya tanggungjawab. Tapi cerita itu dahviral (dikongsi meluas).

“Inilah cabaran dalam persekitaran baru ni,” katanya.

BN tewas dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh. Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail menang dengan majoriti 8,841 undi
 
Bloglist Malaysia


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.