Sharnaaz Ahmad Kutuk Azwan Ali Perangai Macam Kera?
Tak ada angin tak ada ribut, Tup-tup Sharnaaz Ahmad melalui laman Instagramnya dah perli seseorang.. Ada gaduh dengan sesiapa ke? Memang semua tahu Sharnaaz ni jenis orang yang lantang bersuara, kalau ada je dia rasa tak puas hati.. Mesti dia sound derek individu tu..
Tapi kali ni dia menegur dan memberi nasihat pada seseorang.. Kalau korang baca nasihat Sharnaaz ni mungkin tahu teguran ni untuk siapa..hahaha..
“Picture ehsan dari twitter.. Kita hidup atas dunia ni jangan lupa diri, jgn riak, jgn takabbur .. Aku sedar aku pun kadang kadang terlupa diri..
Biasalah kita manusia, sentiasa melakukan kesilapan, tapi kalau kita ulang kesilapan tu dua kali kita kurang sikit dari manusia, up sikit dari binatang.. Kalau kita ulang lagi sekali kita lagi rendah dari binatang, up sikit dari najis binatang..
Muhasabhkan otak dan zat pinjaman Allah SWT.. Jangan riak, satu kali Allah tarik nikmat, nak bercakap pun tak boleh bos.. Tak mau sebut nama, tapi sendiri mau ingat lah.. Kali ni aku berhenti mendoakan mu.. Kerana biar Allah tentukan nasib mu..
Ok.. Itu mukadimah ja.. Kembali pada business ketum kita, memandangkan ianya diharamkan di malaysia, namun segelintir pihak masih mengamalkan nya.. Jangan tanam, jangan petik.. Kalau dah siap bancuh, minum saje lehh :) kami org utara tau kesihatannya bukan nak stim, so di hari raya nanti diharapkan supply ketum dapat menampung demand yg banyak..
Kihkih.. Sekadar gurauan.. Jangan esok aku dok dalam pulak sembang pasai ni.. Pi tangkap kera yg suka memekak tuh.. Salam ramadhan #watchmenaenae #anakantoopenang,” tulisnya..
Sharnaaz dah bagi ‘hint’ kot dalam tu.. Siapa yang ada kontroversi hebat kat Malaysia baru-baru ni? Ramai para pengikut Sharnaaz dapat agak ‘hint’ yang diberi Sharnaaz tu.. Semua teka tu adalah Azwan Ali..
Entah la nak cakap lebih-lebih pun Miss A tak berani sangat, takut-takut Sharnaaz tuju pada orang lain.. Nanti jadi gaduh pulak Sharnaaz dengan Diva AA, sebelum ni pun dorang dah la pernah berperang mulut..
Kalau dia tujukan pada Diva AA, memang Miss A respect la.. Berani betul dia tegur Azwan Ali tu.. Azwan Ali tu bukan boleh ditegur, dengan Rani Kulup je yang dia takut..hehe..
- Miss A/UtaraNews.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.