Followers

Saturday, July 11, 2015

Tahukah Anda ?? 18 Manfaat Negara Boleh Dapat Dengan Dana RM42 Bilion Yang Ditelan 1MDB

 
Selepas melihat senarai di bawah, pasti sukar untuk anda percaya betapa banyaknya negara kita telah bazirkan duit.

Pertama sekali anda kena tahu macam mana nak tulis 1 bilion. Kalau 1 juta ada enam sifar di belakang (1,000,000), 1 bilion pula sama dengan seribu juta atau ada sembilan sifar di belakang (1,000,000,000).

Jadi kalau RM42 bilion, ia ditulis seperti ini = RM42,000,000,000.

Faham kan?

Sebelum ini, perkataan "bilion" merujuk kepada sejuta juta (1,000,000,000,000).

Walau bagaimanapun, cara penulisan telah diubah dan perkataan "bilion" itu kini jelas bermaksud seribu juta (1,000,000,000) sampailah sekarang.
Kalau anda nak tahu, jumlah RM42 bilion itu terlalu banyak sehingga mampu untuk...

1. Bina 63 lagi sistem Bus Rapid Transit (BRT) seperti di Sunway.

Keseluruhan pembinaan laluan bertingkat BRT Sunway adalah berjumlah RM661 juta. Bas elektrik berteknologi tinggi yang berulang-alik di sepanjang laluan bertingkat sejauh 5.4 kilometer (km) ini melintasi tujuh stesen dan meliputi radius populasi penduduk seramai 500,000 orang.

Dengan RM42 bilion, sebanyak 63 lagi projek yang seumpama ini boleh dibina.

2. Bina lagi SATU projek Mass Rapid Transit (MRT) dengan tiga jajaran utama.

Projek Mass Rapid Transit (MRT) telah diumumkan oleh kerajaan pada Disember 2010. Projek ini melibatkan tiga jajaran utama dengan anggaran kos awal sebanyak RM50 bilion.

Walaupun kos lebih daripada RM42 bilion, kerajaan boleh guna hasil kutipan GST selama 4 bulan (April, Mei, Jun, Julai) iaitu sebanyak RM10.4 bilion bagi menampung kos selebihnya.

3. Bina lagi DUA Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 1,663 kilometer bagi meningkatkan tahap ketersampaian.

Jajaran Lebuhraya Pan Borneo merangkumi Kuching di Sarawak hingga ke Tawau, Sabah.

Dibina dengan kos keseluruhan RM27 bilion, projek Lebuhraya Pan Borneo akan melibatkan pembinaan dan penambahbaikan jalan raya sepanjang 1,663km dari Sarawak ke Sabah iaitu 936km jalan di Sarawak dan 727km untuk Sabah.

Dua lebuhraya ini akan menelan kos RM54 bilion. Kerajaan boleh gunakan dana 1MDB RM42 bilion beserta kutipan cukai GST untuk lima bulan (April, Mei, Jun, Julai, Ogos) untuk cukupkan duit.

4. Bina lagi SATU projek kereta api laju Kuala Lumpur - Singapura, mungkin ke arah utara pula.

Projek kereta api laju menghubungkan Singapura dan Kuala Lumpur dengan kos anggaran RM40 bilion dijangka siap paling awal pada 2022. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura dijangka hanya mengambil masa selama 90 minit.

Masih ada baki RM2 bilion.

5. Bina 21 lagi projek Terowong SMART supaya dapat selesaikan terus masalah banjir dalam negara.

SMART adalah singkatan kepada Stormwater Management And Road Tunnel dan ianya telah mula dibuka kepada umum pada 14 Mac 2007. Pembinaan projek SMART Tunnel ini telah bermula pada tahun 2003 dengan kos sebanyak RM1.93 billion untuk menyiapkannya.

SMART Tunnel ini juga merupakan terowong pertama di dunia dilengkapi dengan laluan kenderaan dan saluran air.

Satu terowong kos RM2 bilion, 21 terowong yang sama kos RM42 bilion.

6. Boleh tampung kos tragedi banjir di Kelantan, daripada kos infrastruktur sehinggalah ke kos baik pulih rumah mangsa banjir.

Masalah pembinaan rumah untuk mangsa banjir masih belum selesai.

Kerajaan menganggarkan kos baik pulih di Kelantan selepas tragedi banjir adalah sebanyak RM2 bilion.
Kos infrastruktur yang lain RM360 juta.
Kos baik pulih 3,000 buah rumah mangsa banjir sebanyak RM30 juta.

Kos keseluruhan tak sampai RM3 bilion.

Kalau diikutkan, kerajaan sebenarnya boleh bagi rumah baru kepada SELURUH 1.6 juta rakyat Kelantan dengan dana RM42 bilion.

7. Biaya kos kutipan tol Malaysia selama 7 tahun setengah bagi meringankan beban rakyat.

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Rosnah Rashid Shirlin, kutipan tol bagi 2013 ialah RM5.4 bilion dan 2014 sebanyak RM5.425 bilion.

Dengan dana RM42 bilion, Malaysia boleh jadi sebuah negara bebas tol selama 7 tahun setengah.

8. Tanggung kos minyak selama SETAHUN untuk 14 juta rakyat yang bekerja di seluruh Malaysia.

Berdasarkan statistik dari imoney.my, purata penggunaan minyak bagi golongan bekerja di Malaysia adalah sebanyak RM230 sebulan.

Menurut Bank Negara Malaysia pula, jumlah guna tenaga dalam negara meningkat kepada 13.6 juta pekerja pada Disember 2014. Mungkin jumlah itu naik lagi sekarang dan boleh mencecah sehingga 14 juta.

Jadi...

Kos minyak seorang dalam setahun: RM230 x 12 = RM2760
Kos minyak 14 juta orang dalam setahun: RM2760 x 14,000,000 = RM38.64 bilion.

Setelah ditolak, kerajaan masih ada baki sebanyak RM3.36 bilion.

9. Bina 280,000 unit gelanggang futsal siap berbumbung dan berjaring untuk galakkan kempen #FitMalaysia.

Menurut sumber, kos untuk membina DUA gelanggang futsal di bangunan berbumbung adalah sebanyak RM300 ribu.

Jadi, dengan RM42 bilion, 280,000 ribu gelanggang boleh dibangunkan di seluruh negara. Kalau bahagikan 280,000 kepada 14 negeri, setiap negeri akan dapat 20,000 gelanggang baru. Banyak!

10. Bekalkan elektrik, sumber air bersih, dan akses jalan raya kepada kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

Kerja-kerja pemasangan paip diusahakan di kawasan pedalaman Sarawak.

Harus diakui, keadaan kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak memang menyedihkan. Pada 2013, 41% kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah masih tidak mempunyai bekalan air, 33% kawasan tidak bersambung dengan grid elektrik, dan terdapat banyak kawasan yang tidak mempunyai jalan untuk akses kenderaan.

Kerajaan memperuntukkan RM26 juta untuk mendirikan tambahan 10 batang tiang lampu di 22,000 kampung di Sabah dan Sarawak.

Jadi, dana RM42 bilion itu sangat mampu untuk menyediakan bekalan elektrik, sumber air bersih, dan akses jalan raya kepada seluruh kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

11. Beri pendidikan percuma berkualiti dari peringkat tadika hingga Universiti Ijazah pertama beserta makanan dan pengangkutan percuma kepada semua pelajar untuk 4 tahun.

Statistik menunjukkan dengan adanya RM5-6 bilion setiap tahun kerajaan mampu memberi pendidikan percuma dari tadika hingga Universiti Ijazah pertama.

Jika kerajaan memperuntukan RM10 bilion setiap tahun untuk pendidikan, negara mampu memberi satu sistem pendidikan percuma yang berkualiti berserta dengan makanan dan pengangkutan percuma kepada semua pelajar.

Siapa kata pendidikan percuma di Malaysia tidak boleh direalisasikan?

12. Langsaikan hutang yang ditanggung Malaysia Airlines supaya 6,000 kakitangan yang diberhentikan terus dapat bekerja macam biasa.

Banyak pihak mungkin dah lupa bail out pada 2000/2001 dulu. Kerajaan membayar kepada Tan Sri Tajudin Ramli hampir RM1.8 bilion untuk saham MAS bernilai RM800 juta yang dipegangnya. Tajudin memegang tampuk kawalan MAS dengan membeli 32 peratus saham Bank Negara untuk RM1.8 bilion pada 1994.

Tajudin menjual semula saham terkawal itu kepada kerajaan dengan harga RM8 seunit berbanding nilai pasaran RM3.68 seunit pada 2001, setara dengan perbelanjaannya RM1.8 bilion pada 1994 walaupun MAS mengalami kerugian.

Dan dia tinggalkan MAS dengan hutang hampir RM10 bilion. Itulah yang menyebabkan MAS bergelut dengan hutang sehingga hari ini. Hutang RM10 bilion itulah yang menyebabkan MAS sampai sekarang tak mampu pulih.

Dan dengan dana RM42 bilion, apalah sangat kalau nak langsaikan hutang RM10 bilion MAS dan selamatkan pekerjaan kesemua 6,000 pekerja.

13. Beri Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M kepada rakyat Malaysia selama lebih kurang 13 tahun.

Sepanjang tahun 2012 hingga 2015, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM13 bilion dana BR1M yang telah memberi manfaat kepada 7.4 juta rakyat.

Ini bermakna, purata setahun ialah RM3.25 bilion.

Jadi...

RM42 bilion bahagi RM3.25 bilion = 12.9 tahun

14. Mansuhkan cukai kereta import selama ENAM tahun supaya rakyat boleh beli kereta luar negara pada harga rendah.

Menurut sumber, kerajaan mengutip sebanyak RM7 bilion cukai kereta import setiap tahun.

Jadi, RM42 bilion itu boleh jadikan Malaysia negara bebas cukai kereta untuk tempoh 6 tahun.

15. Beri duit belanja makan RM20 setiap hari kepada 100,000 orang miskin untuk tempoh 57 tahun. Boleh bagi makan McD dua kali sehari.
1996

Sehari: RM20 x 100,000 = RM2 juta
Setahun: RM2 juta x 365 = RM730 juta.

57 tahun: RM730 juta x 57 = RM41.61 bilion.

16. Beli 3,230 buah kereta berkuasa tinggi Lykan Hypersport bernilai RM13 juta untuk PDRM banteras jenayah.

17. Tahukah anda, dana RM42 bilion itu juga boleh bina DUA lagi Putrajaya seluas 4,931 hektar...

Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 bilion.

18. ... dan TUJUH lagi Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang menelan kos sebanyak RM6 bilion.

(Kredit to: FAROUQ JOHARI)
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.