Followers

Friday, July 3, 2015

Skandal MARA ujian kepada Shafie Apdal

PETALING JAYA - Skandal Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan ujian kepada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sejauh mana beliau mahu menegakkan prinsip kebenaran dan ketelusan dalam kerajaan.

 Skandal MARA ujian kepada Shafie ApdalBekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah sebelum ini dipuji kerana ketelusan dan kebenaran apabila mempersoalkan adakah bertanya soalan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) suatu kesalahan dan perlu meletak jawatan.

“Ketika itu, ramai yang memuji pendirian dan sikapnya berkenaan ketelusan dan kebenaran, tambahan pula ramai menteri yang lain lebih suka memilih berdiam diri atau menyokong Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) walaupun tiada hujah mampu ditampil untuk mempertahankan 1MDB.

“Lalu, tentu saja menarik untuk menunggu apakah ulasan dan penjelasan oleh Shafie Apdal pada 7 Julai nanti?,” soalnya menerusi entri terbarunya shahbudindotcom.blogspot.com.

Shahbudin, berkata jika dilihat dalam ulasan awal Shafie sebelum ini mengenai pembelian apartment di Dudley, Ahli Parlimen Semporna itu mengatakan semuanya mengikut prosedur yang ditetapkan dan terdapat satu perjanjian saja dalam pembelian itu.

“Atau maksud tersiratnya ingin memberitahu tiada sebarang unsur rasuah berkaitan dengannya. Apakah penjelasannya pada 7 Julai nanti menjurus ke arah mempertahankan Mara Inc juga?,” katanya.

Shahbudin berkata, jika dilihat pada reaksi awal Shafie itu, beliau seolah-olah cuba melindungi dan menafikan wujudnya unsur rasuah walaupun Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa telah menyerahkan beberapa dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa di Australia juga masih menjalankan siasatan.

“Annuar juga kurang puas hati dengan kenyataan awal pihak polis yang mengatakan tiada unsur pecah amanah dalam pembelian hartanah itu dan berhasrat bertemu polis bagi memberi kerjasama dan menyerahkan dokumen berkaitan,” ujarnya.

Shahbudin berkata, adakah pada 7 Julai nanti Shafie akan mengulangi kenyataanya yang bukan saja hartanah di Dudley tetapi semua keempat-empat pembelian Mara Inc itu dibeli mengikut prosedur dan tidak ada unsur rasuah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.