Menghadapi dakwaan terbaru, seorang pemimpin pembangkang menggesa
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta bosnya, Datuk
Seri Najib Razak, bercuti.
Kemudian, kata Lim Kit Siang, tiga tokoh membabitkan dua bekas perdana menteri - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi - serta bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam, memutuskan sama ada Najib wajar kembali ke jawatan berkenaan.
Walaupun Dr Mahathir kekal kritis terhadap Najib dan skandal 1MDB, Abdullah dan Musa pula tidak membuat kenyataan mengenainya.
Kata Lim, Muhyiddin mesti memohon untuk bertemu Najib dan ia bukan hanya bagi pihak kabinet, malah mewakili parlimen dan negara dalam usaha meminta anak bekas perdana menteri itu bercuti.
Ahli Parlimen Gelang Patah dari DAP itu membuat kenyataan mengulas laporan The Wall Street Journal yang mendakwa wang bernilai AS$700 juta disalurkan ke akaun bank dipercayai milik Najib.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Lim berkata, dakwaan itu adalah paling serius dibuat setakat ini, terutama membabitkan urus tadbir kerajaan dan integriti sehingga menjerumuskan negara ke dalam krisis yang tidak pernah dialami sebelum ini.
"Tidak pernah ada perdana menteri di Malaysia pernah dituduh melakukan kesalahan seperti Najib," katanya.
Lim juga berkata, penafian dibuat 1MDB dan Pejabat Perdana Menteri "terlalu rapuh" jika dibandingkan dengan dakwaan dibuat sebuah penerbitan antarabangsa. - M'kini

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.