Followers

Friday, July 17, 2015

Sirul ajak ibu beraya di Australia - Adam Abu Bakar


sirul
Mak Piah tidak dapat memenuhi permintaan itu kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

PETALING JAYA: Ibu bekas anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, Koperal Sirul Azhar Umar tidak dapat memenuhi hasrat anaknya untuk berjumpanya pada bulan Syawal ini.

Menurut Piah Ahmad, 73, permintaan untuk ke Australia itu terpaksa ditolak berikutan masalah kesihatan yang dialaminya.

“Dia minta supaya Mak Piah datang ke sana, tetapi cukuplah. Mak Piah sudah tidak larat lagi. Mak Piah tidak sihat,”

“Dia (Sirul) tanya apa khabar, kemudian Mak Piah cakap, tak sihat sakit lutut. Lutut belah kanan tak mahu lega. Hinggakan pergi sembahyang terawih pun pakai tongkat,” katanya dalam temu ramah ekslusif dengan FMT.

Ibu kepada tujuh orang anak itu menceritakan walaupun anaknya kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood Sydney, hubungan kekeluargaan antara mereka tetap akrab malah semakin rapat.

Jelasnya di sepanjang bulan Ramadan ini, Sirul kerap menelefonnya.

“Depa ‘free’ je telefon dari sana (Australia) ke sini (Malaysia). Sirul juga beritahu, dia di sana sering berbuka lauk berasaskan kambing.

“Dia ditahan sekali dengan orang Arab Muslim, sebab itu dia selalu masak kambing,” katanya yang dikenali sebagai Mak Long di kalangan orang kampung.

Dalam temu ramah yang berbaur sedih dan gembira Mak Piah turut berkongsi topik perbualannya dengan Sirul.

Dia memaklumkan kepada Sirul bahawa kini dia sedang mengubah-suai rumahnya.

“Dia tahu, Mak Piah sedang buat rumah. Rumah Mak Piah sekarang ini masuk anai-anai,” katanya.

Dalam laporan selanjutnya, Mak Piah yakin anaknya tidak bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.