Followers

Friday, July 17, 2015

Pangkat Datuk Dan Gelaran Doktor Bukanlah Jaminan Ulamak PAS Itu Cerdik

 
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad berharap pemimpin progresif parti itu yang berhasrat meninggalkan mereka tidak lupa pada sokongan anggota.

Katanya, ini termasuk anggota PAS yang bekerja keras dan menyumbangkan wang ringgit bagi memenangkan mereka dalam pilihan raya.

Beliau mengingatkan bahawa kemenangan kumpulan progresif bukan dari hasil titik peluh mereka sendiri sebaliknya daripada sokongan semua pihak, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang lapor Harakahdaily.


*** Lebai-lebai PAS kena ingat juga.. Yang menangkan calun PAS dalam PRU yang lalu bukan semua ahli PAS, antara mereka termasuk ahli DAP yang lebai-lebai PAS dok maki hamun dan putuskan hubungan tu.

Lain kali kalau nak bercakap eloklah guna otak, jangan guna siku dan lutut. Walaupun bergelar ulamak yang ada pangkat doktor tak menjamin seseorang itu tidak bebal dan bodoh.

----------------------------------------------

Sudah-Sudahlah Mengungkit - Khalid Samad


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad tidak perlu mengungkit sumbangan memenangkan kumpulan progresif parti itu sebelum ini.

Ini kerana, kata bekas anggota jawatankuasa pusat PAS itu, kumpulan progresif juga turut menyumbang tenaga untuk calon-calon mereka di kawasan lain.

“Tidak patut ungkit mengungkit, habis pahala saja,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Khalid berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mahfodz yangmengingatkan pemimpin progresif parti yang berhasrat meninggalkan PAS agar tidak lupa pada sokongan anggota yang bekerja keras dan menyumbangkan wang ringgit bagi memenangkan mereka dalam pilihan raya.

Mahfodz turut mengingatkan bahawa kemenangan kumpulan progresif bukan dari hasil titik peluh mereka sendiri sebaliknya daripada sokongan semua pihak, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu, ADUN Hulu Kelang Saari Sungib berkata anggota PAS seolah-olah terperangkap di dalam satu “doktrin ulama sentiasa benar” dalam membuat keputusan dan kenyataan.

Malah katanya tidak timbul soal ungkit mengungkit yang dibangkitkan oleh Mahfodz kerana katanya dalam pilihanraya umum lalu, beliau turut menyumbangkan wang simpanan peribadinya dalam kempen rakan-rakan dan dirinya.

“Memang dalam pilihanraya ada orang beri sumbangan nasi bungkus, pasang bendera… tetapi dalam DUN memerlukan RM100,000 sejak pilihanr aya umum lalu, bagaimana mahu dapatkan duit, sayalah, duit simpanan sikit, kawan-kawan dari NGO.

“Kita (anggota PAS) terperangkap di dalam satu doktrin ulama seolah-olah di bawah kepimpinan ulama semua betul,” katanya.

- mkini


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.