Followers

Saturday, July 25, 2015

"SAYA MASIH BERSAMA BN" - Bekas MB Trengganu Dauk Seri Ahmad Said


ahmad-said_600

Menurut bekas Menteri Besar Terengganu kalau beliau mahu meninggalkan BN ia telah dibuat setahun yang lalu.

KEMAMAN: Bekas Menteri Besar Terengganu yang juga Adun‎ Kijal Datuk Seri Ahmad Said menafikan beliau akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) sebagaimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Ahmad ketika ditemui di majlis rumah sambutan hari raya di rumahnya di Telok Kalong berkata kalau beliau mahu meninggalkan BN ia telah dibuat setahun yang lalu.

“Saya masih bersama BN dan masih lagi Adun Kijal, siapa yang sebarkan berita saya keluar BN… apapun keputusan tunggu pada Perhimpunan Agung Umno nanti,” katanya kepada pemberitai.

Ahmad Said diganti oleh Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang mengangkat sumpah sebagai menteri besar baharu Terengganu pada 12 Mei 2014.


- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.