Followers

Monday, July 27, 2015

Satu saat pun Anwar tidak berhak di penjara, kata Azmin FMT Reporters

 
azmin_anwar_600

Anwar perlu dibebaskan segera dan pulangkan kepada rakyat untuk membawa perubahan total kepada negara.

PETALING JAYA: Mohamed Azmin Ali berkata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berhak di penjara walaupun satu saat.

Timbalan Presiden PKR itu berkata, Anwar sepatutnya berada di sisi keluarga dan rakyat.

Katanya, Anwar perlu dibebaskan segera dan pulangkan kepada rakyat untuk membawa perubahan total kepada negara.

“Datuk Seri Anwar tidak berhak berada di penjara.

“Bukan lima tahun, bukan empat tahun malahan satu saat pun tempatnya mesti dipulangkan balik kepada pangkuan keluarga dan rakyat,” katanya di Hotel Sunway dalam majlis Jelajah Amanat Presiden pada Ahad, lapor media rasmi kerajaan Selangor, Media Selangorku.

Menteri Besar Selangor itu berkata, meskipun Anwar dibalik tirai besi, namun beliau tetap memberikan nasihat supaya parti kekal berada di landasan tepat meneruskan perjuangan rakyat.

Beliau berkata, nasihat dan amanat yang ditinggalkan Anwar terus dijadikan pemangkin supaya PKR terus mara ke hadapan.

Katanya, beliau sempat bertemu dan berbincang panjang bersama Anwar di Penjara Sungai Buloh selama dua jam setengah Jumaat lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.