Tindakan itu katanya, bagi mendidik rakyat supaya tidak takut dengan ugutan dan tindakan saman yang menjadi senjata utama Najib
Katanya, saman balas itu bagi mendidik rakyat supaya tidak takut dengan ugutan dan tindakan saman yang menjadi senjata utama Najib.
“Oleh itu, saya telah menyaman kembali Najib dan Rosmah dalam tuntutan balas kerana tindakan saman yang dibawa terhadap saya itu adalah percubaan untuk menutup mulut saya daripada terus membawa isu rakyat yang tidak disegani oleh Perdana Menteri.
“Saya berpendapat memandangkan rakyat tidak pernah berhadapan dengan seorang Perdana Menteri yang menggunakan tindakan saman untuk menjawab kritikan pembangkang, rakyat juga perlu tahu bahawa hujah-hujah pembelaan dan tuntutan balas di mahkamah mempunyai asas yang kukuh dan bersifat kepentingan awam,” jelasnya.
Ahli Parlimen Pandan itu juga menyeru supaya pimpinan politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai jangan takut dengan ugutan saman oleh penjawat awam terutamanya daripada Perdana Menteri.
“Mereka perlu terus dikritik dan dipertanggungjawabkan kerana itu asas penting dalam sistem demokrasi yang sihat,” katanya lagi.
Tegasnya, pembelaan dan tuntutan dalam saman balas itu berasas kedua-dua plaintif pertama dan kedua, Najib dan Rosmah, terlibat dalam kepentingan awam.
“Isu yang dibawa oleh saya (penarikan subsidi minyak oleh Najib) adalah berkaitan kepentingan awam, perkataan-perkataan yang diaju adalah dilindungi oleh perlindungan mutlak (absolute privilege).
“Merujuk kepada perkataan-perkataan yang diadu (terutamanya pembelian cincin), plaintif kedua (Datin Seri Rosmah Mansor) melalui kelakukan sendiri dan pengenalan beliau, telah menerima liputan meluas mengenai perbelanjaan beria-ia dan pembelian/penerimaan beg tangan berjenama dan barang kemas yang amat mahal,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.