Followers

Saturday, July 25, 2015

Berani saman Harakahdaily, tapi tak berani saman WSJ Khairil Ashraf


najib

Pas membandingkan reaksi Perdana Menteri yang pantas menyaman Harakahdaily tetapi masih belum membuat apa-apa keputusan terhadap WSJ yang membawa impak lebih besar.

PETALING JAYA : Pas mempersoal tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih berdolak-dalih untuk menyaman Wall Street Journal (WSJ) yang melaporkan RM2.6 bilion disalurkan ke akauan peribadinya.

Tindakan melengah-lengahkan Najib berbeza dengan tindakan pantasnya menyaman media pembangkang, Harakahdaily.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kesan laporan WSJ yang disiarkan dalam bahasa Inggeris boleh dibaca oleh seluruh dunia berbanding laporan Harakahdaily dalam Bahasa Melayu yang hanya dibaca oleh segelintir rakyat Malaysia.

“Malah, artikel di WSJ bukan sahaja mencemar imej Najib, malah negara kerana kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

“Atau sebenarnya tindakan memohon penjelasan daripada WSJ hanya sekadar membeli masa untuk menimbulkan isu sensasi yang baru seperti bagi mengalih rakyat daripada apa yang ditimbulkan WSJ?

“Apakah akan ada dakwaan balas bahawa WSJ juga melaporkan sesuatu berdasarkan maklumat yang telah diubahsuai?, katanya kenyataan media.

Pesuruhjaya Pas Pahang itu berkata, Najib tidak seharusnya berdalih lagi dalam isu tersebut kerana kesannya kini turut dirasai oleh seluruh rakyat.

Pada Mac lepas, Najib memfailkan saman terhadap Harakahdaily kerana menerbitkan artikel berhubung isu dana 1MDB yang didakwa berunsur fitnah terhadap beliau.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.