Tanpa Disangka.. Andre Xavier Justo Buka Mulut
Tanpa Disangka.. Andre Xavier Justo Buka Mulut. Kami merujuk kepada berita akhbar Singapura, Straits Times (ST) hari ini (24 Julai) di mana Andre Xavier Justo
menuduh kami tidak membayar kepadanya apa yang dipersetujui bagi
maklumat diberi berhubung skandal usaha sama 1Malaysia Development
Berhad (1MDB)-PetroSaudi.
Pertama,
kami mengatakan wartawan ST pasti mempunyai hubungan "kuat" sehingga
diberi akses kepada Justo di penjara Bangkok, sedangkan Ketua Polis
Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang kini berada di Bangkok, setakat
ini tidak menerima akses kepada Justo.
Kami tertanya-tanya kemungkinan
wujudnya pihak tertentu yang berkuasa mengatur Nirrmal Ghosh daripada ST
menemui Justo supaya beliau boleh melancarkan serangan ke atas kami?
Justo
jelas adalah seorang lelaki marah, dan difahamkan begitu memandangkan
kami tidak membayar kepadanya sebagaimana dikehendaki.
Benar, kami memperdayakannya
tetapi itu adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan bukti bagi
mendedahkan bagaimana sekumpulan kecil rakyat Malaysia dan warga asing,
menipu rakyat Malaysia sebanyak AS$1.83 bilion.
Kenyataan beliau mengesahkan apa yang kami katakan sebelum ini iaitu, kami tidak pernah membayar sesiapa.
Bagi tuduhan Justo kami
memberitahunya untuk mengubah dokumen dan objektif kami menjatuhkan
kerajaan, sesungguhnya jika kami mempunyai niat sedemikian, kami tidak
akan memberitahu kepada orang yang baharu pertama kali ditemui.
Tanpa Disangka.. Andre Xavier Justo Buka Mulut
Apatah lagi jika kami tahu beliau akan marah kerana kami tidak membayar sebagaimana diingini.
Tiada pengubahsuaian kerana kami
segera melakukan “digital finger print” cakera padat yang mengandungi
lebih 400,000 emel dan dokumen dan melindunginya.
Apa yang terkandung dalam cakera
yang kami beri kepada Bank Negara Malaysia, polis dan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu ini adalah salinan asal yang
diserahkan Justo kepada kami dan beliau berkata tidak melakukan sebarang
ubah suai.
Tambahan pula, jejak wang yang
kami berjaya kesan dan serahkan kepada penyiasat menunjukkan bagaimana
wang daripada 1MDB dipindahkan ke dalam akaun pelbagai individu di
beberapa bank-bank global di beberapa negara dengan mudah dan boleh
disahkan penyelidik dengan bantuan rakan-rakan mereka di negara ini.
Justo disifatkan seorang lelaki yang kecewa. Tetapi ia bukan mengenai Justo, ia mengenai kita.
Ia skim menipu rakyat Malaysia sebanyak AS$1.83 bilion melalui usaha sama 1MDB-PetroSaudi.
Hakikat banyak agensi kerajaan
sedang menyiasat 1MDB dan kini sebuah syarikat hampir bankrap perlu
diselamatkan mengesahkan semua kerja The Edge Media Group lakukan untuk
mendedahkan apa yang berlaku.
Kami tidak melakukan sebarang
kesalahan dan bersedia membantu penyiasat tidak seperti beberapa pihak
yang seolah-olah sudah menghilangkan diri.
* Tong Kooi Ong adalah
pengerusi The Edge Media Group dan Ho Kay Tat adalah penerbit. The
Malaysian Insider adalah sebahagian daripada kumpulan The Edge Media
Group.
Addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.