Ia berbeza dengan kaedah sebelumnya mengambil masa kira-kira tiga bulan atau 90 hari untuk diselesaikan.
Melalui pendekatan itu, ia cuma mengambil masa enam jam berbanding kaedah sebelumnya mengambil masa kira-kira tiga bulan atau 90 hari untuk diselesaikan.
“Proses kes cerai ‘fast track’ mampu mengurangkan tempoh ini kepada enam jam sahaja. Namun ini hanya ditawarkan kepada kes perceraian yang difailkan mengikut Seksyen 47 Enakmen undang-
Undang Keluarga Islam (Selangor) sahaja atau dengan kata lain kepada pasangan (suami isteri) yang bersetuju untuk berpisah,” kata Ketua Hakim Syarie Selangor, Dr. Mohd Na’im Mokhtar kepada Bernama.
Dia ditemui dalam sidang media selepas majlis pelancaran Proses Kerja “Kes Cerai Fast Track”.
“Proses ini selain menjimatkan kos, dapat juga memberi peluang kepada pasangan yang bercerai untuk menjalani kehidupan baharu dengan lebih cepat,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran Proses Kerja “Kes Cerai Fast Track” tambahnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.