Mohd Asri mempersoalkan individu yang terlibat
kehilangan wang rakyat masih mampu tersenyum bergaya tetapi rakyat biasa
ditangkap dan dihukum kerana kesalahan kecil.
Katanya, ada individu yang masih mampu tersenyum bergaya walaupun bertanggungjawab terhadap kehilangan jutaan ringgit wang milik rakyat dan negara.
Menerusi akaun Facebooknya, Mohd Asri menulis, beliau sedih kerana nasib berbeza yang dialami antara individu itu dengan rakyat lain yang melakukan kesalahan kecil tetapi dikenakan hukuman berat.
Beliau memberi contoh rakyat ditahan dan dihukum kerana tidak membayar saman motosikal dan mencuri setin susu untuk anaknya.
“Ku simpati pada wajah seorang warga yang ditahan polis kerana tidak membayar saman motosikalnya.
“Ku sedih seorang yang diheret ke penjara kerana mencuri setin susu untuk anaknya.
“Tapi ku hairan mereka yang dikaitkan dengan kehilangan laksa dan juta harta kita masih tersenyum bergaya dan tiada siapa yang menahan dan mengheretnya untuk dibicara,” katanya.
Walaupun tidak menyebut secara langsung, namun dapat dijangka kata-kata sinis itu berkait rapat dengan hutang 1MDB berjumlah RM42 bilion yang didakwa oleh Tun Dr Mahathir sebahagian wang itu telah hilang.
Kritikan itu juga boleh dikaitkan dengan kes penyelewengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang didakwa terlebih bayar bagi pembelian empat aset di Australia.
Rafizi Ramli mendakwa MARA menyeleweng RM129 juta untuk pembelian empat hartanah itu apabila anak syarikat MARA, MARA Inc membeli dengan lebih tinggi berbanding harga sepatutnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.