Sirul Azhar NAFI akan buat pengakuan
KUALA LUMPUR – Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul
Azhar Umar menafikan maklumat yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp
kononnya dia akan membuat pengakuan di mahkamah Australia minggu depan.
Peguamnya, Hasnal Rezua Merican berkata, pengakuan kononnya Sirul Azhar membunuh Altantuya Shaariibuu atas arahan individu tertentu hanyalah khabar angin dan dilihat bertujuan menimbulkan kekecohan dengan melibatkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, selepas sebaran maklumat palsu yang dibuat dengan menggunakan nama akhbar Herald Sun Australia itu menjadi viral, beliau terus menghubungi Sirul Azhar untuk mendapatkan kepastian.
“Setelah bertanya sendiri, Sirul Azhar menafikan sekeras-kerasnya tentang maklumat berkenaan termasuk prosiding untuk hadir ke mahkamah.
“Kemudian saya menghubungi Herald Sun Australia dan mereka juga menafikan khabar angin itu. Mereka tidak ada maklumat mahu pun menyiarkan sebarang berita berkaitan Sirul Azhar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambah Hasnal Rezua, kenyataan palsu itu merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana berpotensi menjatuhkan kredibiliti banyak individu.
“Saya tidak pasti motif sebenar kenyataan itu dibuat tetapi masyarakat Malaysia diharap dapat menghentikan perkongsian maklumat palsu itu sebelum menjadi perkara yang lebih teruk,” katanya.
Pada 13 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan sebulat suara menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan Azilah Hadri kerana membunuh Altantuya sembilan tahun lalu namun Sirul Azhar bertindak melarikan diri ke Australia. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.