Followers

Friday, July 10, 2015

Penstrukturan air di Selangor ditangguhkan lagi 60 hari - FMT

Zack Ahmad's photo.

Lanjutan tempoh itu membolehkan kerajaan Selangor menyelesaikan pembelian syarikat SYABAS dan Puncak Niaga.

azmin-ali_air_600

PETALING JAYA: Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor menandatangi Perjanjian Tambahan bagi melengkapkan lagi Perjanjian Utama Air penstrukturan semula industri air di Selangor.

Majlis Menandatangani Perjanjian itu diadakan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya pada Jumaat.

Antara lain, Perjanjian Tambahan itu membolehkan penstrukturan semula diteruskan tanpa perlu kerajaan Selangor menyerahkan tanah kepada kerajaan Persekutuan seperti yang termaktud dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

Perjanjian itu memberikan lanjutan 60 hari bermula pada 10 Julai kepada kedua-dua pihak untuk menyelesaikan penstrukturan semula mengikut Perjanjian Utama yang telah ditandatangani pada September 2014, kata kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor.

“Pertikaian hak milik Loji Air Semenyih dan Bukit Nenas antara kerajaan Persekutuan dan Selangor akan diselesaikan secara berasingan.

“Kerajaan Selangor juga akan memberikan aset lain kepada Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) sebagai balasan kepada pampasan RM2 bilion yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan untuk kerajaan negeri mengambil alih syarikat konsesi air,” kata kenyataan itu lagi.

Lanjutan 60 hari itu membolehkan kerajaan negeri menyelesaikan Perjanjian Jual Beli antara Air Selangor Berhad dengan Puncak Niaga Holdings Berhad untuk pengambilalihan Syarikat Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan Puncak Niaga Sdn Bhd.

Mengulas perjanjian itu, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, selepas pengambilalihan ini selesai, usaha dan tumpuan akan diberikan untuk meningkatkan perkhidmatan pembekalan air kepada rakyat.

“Kita akan menumpukan usaha mengurangkan peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) dan perkhidmatan bekalan air yang lebih cekap,” katanya.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com

Penstrukturan air di Selangor ditangguhkan lagi 60 hari

 | July 10, 2015

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/07/10/penstrukturan-air-di-selangor-ditangguhkan-lagi-60-hari/#sthash.Vky3gyND.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.