Perdana Menteri menyifatkan mereka yang menyerangnya menggunakan taktik jenayah.
najib-hukum
PETALING JAYA: Mereka yang berterusan menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak perlu bersedia dengan untuk menanggung kesan perbuatan mereka.
Amaran itu diberikan beliau di laman NajibRazak.com.
“Taktik itu tidak berhati perut -dalam beberapa kes membabitkan jenayah- untuk menggulingkan kerajaan akan gagal. Di mana sewajarnya mereka akan berdepan dengan tindakan undang-undang sepenuhnya,” tegas Najib.
Katanya lagi, amat memalukan banyak tuduhan palsu dibuat atas kepentingan peribadi dibuat ketika Malaysia mendapat peluang yang pada tahun ini di mana ia menjadi Pengerusi ASEAN selain status negara maju yang bakal dicapai dalam masa beberapa tahun lagi.
Najib berkata, serangan demi serangan tidak berasas terhadap dirinya dan keluarga bermula apabila beliau enggan melaksanakan permintaan peribadi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“Dalam tuduhan terbaharu kononnya saya mengambil dana awam untuk kepentingan peribadi, saya percaya Tun, yang bekerjasama dengan warga asing termasuk dengan blog serangan politik yang hilang kredibilitinya, Sarawak Report berada di sebalik penipuan terkini,” katanya
Beliau menjelaskan, pihak yang membuat tuduhan itu tidak pernah memberikan apa juga bukti selain menggunakan dokumen yang didakwa bocor dan penyiasat yang tidak dinamakan.
Katanya, tiada satu pun sumber dokumen itu pernah ditunjukkan malah dokumen berkenaan tidak pernah diberikan untuk pengesahan oleh pihak berkuasa.
“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah mengambil dana awam untuk kepentingan peribadi sebagaimana yang didakwa oleh musuh politik.
“Sama ada daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International atau mana-mana entiti sebagaimana yang telah disahkan oleh syarikat berkenaan,” perincinya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.