Followers

Tuesday, July 7, 2015

Pembangkang, NGO berhimpun di Parlimen desak Najib berundur Adam Abu Bakar

 
opposition

Mereka mendesak Perdana Menteri meletak jawatan susulan beberapa kontroversi melibatkan 1MDB dan kegagalan menangangi masalah rakyat.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pembangkang dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hadir di Parlimen pada Selasa bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Perhimpunan itu dianjurkan Pejabat Ketua Pembangkang dan dihadiri pemimpin utama pembangkang dan NGO termasuk Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Rafizi Ramli, Tony Pua, Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad, Datuk Mustafa Ali, Datuk Mahfuz Omar serta ahli-ahli NGO seperti CheGu Bard, Adam Adli, Hishamuddin Rais, A.Samad Said, Cynthia Gabriel, Ambiga Sreenivasan dan Maria Chin.

Kelibat pemimpin utama Pas tidak kelihatan pada pertemuan tergempar itu.

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) juga tidak hadir walaupun mereka turut dijemput kecuali Datuk Seri Shahidan Kassim yang hanya singgah untuk menyapa Ahli Parlimen Pembangkang sebelum beredar.

Perjumpaan yang sepatutnya diadakan di Bilik Taklimat Bangunan Parlimen itu ditukar ke Foyer Padang Kawad Tabik Hormat di tepi bangunan Parlimen kerana bilik berkenaan digunakan untuk tujuan lain.

“Saya sendiri menempah sebuah bilik dalam bangunan Parlimen pada pagi Isnin untuk perjumpaan berkenaan dan ia telah diluluskan oleh pegawai Parlimen.

“Namun kami dihalang daripada memasuki bilik berkenaan dengan alasan ia akan digunakan oleh Kementerian Belia dan Sukan,” kata Ketua Whip PKR, Johari Abdul.

Kira-kira 20 pegawai Parlimen dan pegawai polis mengawasi perjalanan perjumpaan tergempar itu.
Ahli Parlimen dan wakil NGO turut diberi penerangan mengenai situasi politik semasa khususnya melibatkan Perdana Menteri oleh Rafizi, Tony Pua dan Hishamuddin Rais.

Kebanyakkan isu yang dibangkitkan berkisar kepada skandal 1MDB dan beberapa isu rakyat yang gagal diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Sementara Hishamuddin pula mencadangkan orang ramai turut ke jalan raya sebagai pilihan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU).

“Semua dah letih. Rakyat tahu, persoalannya adalah apa tindakan yang wajib kita ambil. Saya tiada lain, NGO, kita susun gelombang rakyat kepung Parlimen. Saya yakin tidak akan ada undang-undang. Najib tidak akan saman kita. Jalan raya adalah pilihan kita sebelum raya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.