Followers

Tuesday, July 7, 2015

Pasukan Petugas Khas siasat kes Najib beku enam akaun bank Mohamad Fadli

 
najib_1mdb_bank_600_1

Akaun bank itu milik pihak-pihak yang dipercayai terliba terhadap dakwaan dana 1MDB disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

PETALING JAYA: Enam akaun bank milik pihak yang dipercayai terlibat dalam dakwaan sejumlah dana awam milik 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibekukan.

Perintah pembekuan enam akaun bank itu telah pun dikeluarkan pada 6 Julai 2015, kata kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Pesuruhjaya, 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Kenyataan itu juga memaklumkan, Pasukan Petugas Khas telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun dari dua buah bank bagi membantu siasatan.

“Pasukan Petugas Khas juga telah mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit. Siasatan masih berjalan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu sebagai susulan kenyataan media yang telah dikeluarkan pada 4 Julai 2015 yang memaklumkan dakwaan terhadap Perdana Menteri dalam proses siasatan oleh Pasukan Petugas Khas.

“Pasukan Petugas Khas ingin memaklumkan kemajuan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Pasukan ini sehingga kini.

“Justeru, Pasukan Petugas Khas menyeru kepada semua pihak agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan,” kata kenyataan itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.