Followers

Wednesday, July 8, 2015

Notis saman keluarga Altantuya didengar 28 Julai

  

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menetapkan 28 Julai ini untuk mengeluarkan perintah berhubung serahan notis permohonan meminda tuntutan saman RM100 juta oleh keluarga bekas model Monggolia, Altantuya Shaariibuu.

Peguam, Ram Karpal Singh memaklumkan, Hakim, Datuk Soraya Othman di dalam kamarnya berkata, notis tersebut akan diserahkan kepada Konsulat Malaysia di Sydney, Australia, untuk diserahkan kepada defendan, Sirul Azhar Umar.

Pindaan itu melibatkan beberapa penambahan keterangan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Sirul dan bekas anggota Unit Tindakan Khas Cif Inspektor Azilah Hadri.

"Pengurusan kes ini ditetapkan pada 28 Ogos depan," katanya.

Sirul, 43, yang ditahan oleh pihak berkuasa Australia, Januari lalu dipercayai masuk ke itu dengan visa pelancong dan pasport yang sah namun ia telah dibatalkan oleh kerajaan Australia berikutan notis merah Interpol yang dikeluarkan terhadapnya.

Pada 4 Jun 2007, bapa Altantuya, Shaariibuu Setev dan isterinya, Altantsetseg Sanjaa serta dua cucu lelakinya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, menamakan Azilah,Sirul Azhar,penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda dan kerajaan Malaysia sebagai defendan dalam tuntutan samannya.

Abdul Razak didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar dalam pembunuhan Altantuya pada 2006.

BATU VS KAYU

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.