Followers

Monday, July 6, 2015

Najib Panas Telinga Dengan Artikel Ini?

 
Adik Najib Sindir Siapa Pulak Ni? Datuk Seri Nazir Razak, adik bongsu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam posting terbaru di laman Instagram miliknya, menulis catatan mengingatkan kepada perjuangan orang terdahulu yang mengorbankan diri untuk kepentingan negara.

Sambil memuatnaik gambar Tugu Negara, beliau berkata, dalam situasi politik semasa ketika ini, keutamaan harus diberikan kepada kepentingan negara dan rakyat, tanpa menamakan kepada sesiapa ditujukan peringatan itu.

"They gave their lives so we could build a nation. In this darkest of political times we must remember to place the country and the rakyat first. Not personal interests, not personal loyalties, not even party politics (Mereka mengorbankan nyawa supaya kita boleh membina sebuah negara. Dalam situasi politik paling kelam ketika ini, kita mesti meletakkan negara dan rakyat di tempat paling utama. Bukan kepentingan peribadi, bukan kesetiaan peribadi, malah bukan politik dalam parti)," katanya.

Tugu Negara dibina di Kuala Lumpur bagi memperingati perajurit dan rakyat Malaysia yang terkorban dalam perjuangan negara mencapai kemerdekaan.

Komen pengerusi CIMB itu dibuat pada ketika pemimpin negara, termasuk Najib, berdepan masalah berhubung skandal sekitar firma pelaburan milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Adik Najib Sindir Siapa Pulak Ni?

Nazir baru-baru ini menjadi tarikan media apabila terdapat laporan mendakwa beliau dalam proses menubuhkan sebuah parti politik baharu dengan Datuk Saifuddin Abdullah dari Umno, dalam keadaan ketika ketika retaknya Pakatan Rakyat (PR) berikutan pertelingkahan PAS dan DAP dan timbul ura-ura mengatakan pihak pembangkang akan menubuhkan sebuah parti baharu. 

Bagaimanapun, beliau kemudiannya menafikan perkata itu, sebaliknya mengatakan beliau pernah berbincang dengan beberapa orang, termasuk Saifuddin, mengenai penubuhan sebuah badan bukan kerajaan, tetapi ia masih di peringkat sekadar lontaran idea. 

Eksekutif bank terkemuka yang lantang menyuarakan isu semasa itu pernah mendesak lembaga 1MDB meletak jawatan jika mereka tidak mahu mengambil langkah proaktif menangani kebimbangan terhadap kewangannya.

1MDB, yang mempunyai hutang sebanyak RM42 bilion, dimiliki Kementerian Kewangan dan mempunyai pinjaman yang disokong oleh surat sokongan dari Putrajaya. Najib juga Menteri Kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Sebelum ini, Nazir juga mengecam eksekutif tertinggi 1MDB yang gagal menghadiri pendengaran siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen.

"Syarikat anda mencetuskan krisis negara dan anda boleh terlalu sibuk untuk menghadapi Parlimen? Tidak dapat diterima," beliau menulis di akaun Instagram beliau bulan lalu selepas pengarah eksekutif kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Datuk Azral Ibrahim Halmi tidak menghadiri prosiding PAC yang sudah ditetapkan dan meminta satu tarikh lain.

Bulan lalu, Nazir juga menggunakan laman media sosial itu untuk mempersoalkan mengapa Putrajaya lambat mengaudit akaun 1MDB bagi tahun berakhir Mac 2015.

"Saya hairan mengapa audit Mac 2015 anda belum bermula? Bagaimana ini boleh dibenarkan? Adakah standard tadbir urus GLC (syarikat berkaitan kerajaan) kini jatuh begitu rendah?" tulisnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.