Datuk Seri Shafie Apdal menggesa Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan mahkamah ke atas The Wall Street Journal.
LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan mahkamah ke atas The Wall
Street Journal (WSJ) sekiranya dakwaan berbilion ringgit mengalir masuk
ke dalam akaun peribadinya adalah tidak benar, kata Menteri Kemajuan
Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.
Shafie yang juga naib
presiden Umno berkata, tindakan undang-undang satu kemestian bagi
memastikan imej Malaysia tidak buruk di mata masyarakat antarabangsa.
"Datuk Seri Najib perlu
mengambil tindakan undang-undang, sekiranya dakwaan itu tidak benar
supaya kerajaan tidak dipandang buruk di mata umum dan masyarakat
antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau juga menyeru
rakyat bertenang sehingga siasatan selesai, dan yakin ia akan membongkar
kebenaran. Najib menafikan dakwaan itu dan kini berdepan gesaan supaya
mengundur diri bagi membolehkan siasatan telus dilakukan.
Sebuah pasukan khas yang
disertai Peguam Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)
ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan WSJ.
Jumaat lalu, WSJ memetik
dokumen siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development
Bhd (1MDB) oleh pihak berkuasa Malaysia, yang menunjukkan berbilion
ringgit dimasukkan ke dalam peribadi Najib pada 2013.
Najib menafikan dakwaan itu dan kini berdepan gesaan supaya mengundur diri bagi membolehkan siasatan telus dilakukan.
Sebuah
pasukan khas yang disertai Peguam Negara, polis dan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah (SPRM) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan WSJ. - 5
Julai, 2015.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.