Followers

Sunday, July 5, 2015

Dosa Khianat Agama, Bangsa Tak Sepadan "PEGANG TOMBAK" DAP, Kata Utusan

Mafiaboss Melayu's photo.Kolumnis akhbar Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain berkata kini menjadi trend anak muda Melayu menyertai DAP dan diberikan jawatan dalam cabang parti majoriti Cina itu, yang mana menurutnya ibarat jawatan "pemegang tombak".

Melalui ruangan anekdot Ahad, Ku Seman berkata anak muda Melayu menyertai parti itu terpengaruh dengan DAP yang menangani persepsi umum dengan membuka laluan kepada orang Melayu, terutamanya belia yang terpesona dengan janji "demokrasi".

"Semua yang menyertai parti politik untuk berjuang ke aras perubahan. Untuk membuat perubahan kenalah ada kedudukan, lebih tinggi lebih besarlah pengaruhnya kepada orang bawahan.

"Kalau sekadar pak turut, lebih baik tidak masuk mana-mana parti politik," katanya.

Ku Seman berkata, jika mengharapkan untuk memegang jawatan tinggi dalam parti itu, ia adalah perkara yang mustahil untuk anak muda Melayu itu.


"Tetapi kalau sekadar diberi jawatan pemegang tombak dalam DAP kemudian menyerang pula bangsa sendiri, tidak usahlah masuk DAP. Tidak sepadan dengan ‘dosa’ mengkhianati agama dan bangsa sendiri.

"Kalau bermimpikan jawatan kanan dalam parti, samalah menunggu bulan berwarna biru," katanya.

Ku Seman turut mengambil contoh bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Aziz Tunku Ibrahim yang turut gagal melakukan perubahan dalam parti itu.

"Melayu paling kanan dalam DAP pun tidak boleh memutihkan DAP yang sangat hitam politik perkauman.

"Jadi, kalau setakat menjadi pemegang tombak, faham-faham sajalah. Kalau saya menjadi kamu, saya tidak membiarkan diri ‘dilembukan’ untuk kepentingan pihak lain," katanya.

Ku Seman berkata, jika anak muda Melayu menyertai DAP kerana faktor kelihatan seperti melampaui batas kaum dan agama, sedangkan yang menonjol dan berkuasa dalam DAP hanya satu kaum saja.

"Beberapa pemimpin Melayu kanan satu demi satu keluar kerana tebalnya cauvinis Cina dalam DAP.

"Cakap saja untuk semua kaum, tetapi Cina saja yang berkuasa. Maknanya kaum menjadi keutamaan DAP.

"Cuma budak-budak Melayu ini saja yang bengap untuk memahaminya,” katanya. – 5 Julai, 2015.-TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.