Najib Betul- Betul Terkedu.. Saksikanlah. Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Abdul Razak hari ini tidak menjawab soalan media mengenai
dakwaan bahawa RM2.6 bilion dana 1MDB masuk ke dalam akaun bank
peribadinya dan digunakan untuk tujuan pilihan raya umum.
Ketika ditemui pemberita di majlis rumah terbuka Hari Raya di Putrajaya,
beliau tidak mahu menjawab soalan berhubung dengan 1MDB.Beliau diminta
mengulas laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa wang 1MDB itu
dikesan masuk ke dalam dua akaun simpanan AmBank di bawah namanya.
Akaun-akaun itu telah pun ditutup.Najib hanya merenung wartawan
berkenaan dan diam.Sebelum ini, perdana menteri telah menafi mengambil
wang rakyat untuk kepentingan peribadi tetapi tidak secara khusus
menjawab sama ada wang itu telah didepositkan ke dalam akaun bank
peribadinya.
Najib Betul- Betul Terkedu.. Saksikanlah
Begitu juga dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
yang turut menghadiri rumah terbuka itu, juga enggan mengulas mengenai
perkara itu."Jangan tanya soalan," katanya, sambil melambai ke arah
pemberita.Sebuah pasukan petugas khas untuk dibentuk untuk menyiasat
perkara itu.
Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada perdana menteri, juga membisu
mengenai dakwaan RM2 juta dalam bentuk wang tunai yang dilaporkan
disalurkan ke dalam akaun bank peribadinya awal tahun ini.
Beliau diminta mengulas gesaan pelbagai pihak yang meminta beliau
mendedahkan sumber wang itu dan tujuannya.Malaysiakini tidak dibenarkan
masuk ke Seri Perdana untuk membuat liputan rumah terbuka Najib.
Wartawan berkenaan terpaksa beratur dengan orang ramai untuk bersalam
dengan Najib dan isterinya di lobi kediamannya. Soalan-soalan itu
diajukan kepada mereka di sana.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.