Nampaknya pelbagai percubaan telah dan sedang dilakukan untuk
mengaburi mata rakyat dari Skandal 1MDB. Secara khususnya cubaan demi
cubaan dilakukan untuk mengalih tumpuan orang ramai dari penglibatan
langsung Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam skandal
yang amat memalukan negara ini.
Untuk makluman, Najib Tun Razak belum lagi menjawab isu wang tunai berbillion Ringgit yang dilaporkan telah disimpan dalam akaun peribadi beliau di Ambank. Laporan akhbar terkemuka dunia The Wall Street Journal dalam satu pembongkaran eksklusif telah melaporkan butiran agihan dana bernilai lebih kurang 700,000,000 Dolar Amerika (anggaran RM2.6 Billion) dan telah beberapa kali selepas itu membuat kenyataan bahawa laporan mereka adalah berasakan bukti kukuh.
Selain percubaan untuk mengalihkan perhatian serta persoalan rakyat akan laporan dana dalam akaun, sehingga kini Najib belum lagi mengambil apa-apa tindakan undang-undang yang jelas terhadap WSJ kecuali meminta jasabaik WSJ untuk menyuluh sesuatu yang sudah terang menerusi satu surat permintaan kepada akhbar tersebut.
Untuk beberapa ketika isu pergaduhan di Plaza Low Yat diKuala Lumpur cuba dicanang disana sini untuk mengalih perhatian rakyat dan apabila percubaan itu gagal timbul pula seorang bekas editor akhbar dari Sarawak yang telah beberapa kali dipecat dari jawatan beliau sebelum ini.
Cerita konspirasi editor tersebut 'mati ketika dilahirkan' apabila beliau mengaku telah dibayar oleh seseorang yang mengaku sebagai Pegawai Khas kepada Perdana Menteri.
Kini cerita warga Swiss yang ditahan Polis Thailand untuk siasatan perasugut terhadap PetroSaudi pula muncul kembali. Pada mulanya Polis Thailand telah menolak beberapa permintaan Polis Malaysia untuk mencampuri isu Justo.
Namun beberapa laporan terkini dan percubaan tanpa henti akhbar tempatan ternampak seolah satu lagi skrip konspirasi telah disediakan.
Konspirasi kali ini berkisar dengan kenyataan jurucakap Polis Thailand yang telah membuat kenyataan berbau politik dimana konon-nya Justo telah mengaku berjumpa dengan beberapa ahli politik (pembangkang dan ahli Umno) dalam urusan menjual beli maklumat sulit tentang 1MDB-Petrosaudi.
Bersedialah untuk disajikan dengan pelbagai rasa hidangan berencah Thailand berasaskan pengakuan Justo yang datangnya dari pihak ketiga, ke-empat dan para pendukung Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak.
Dalam suasana dimana kita tidak pasti sama ada watak Justo itu sendiri adalah kisah benar atau sebenarnya sebahagian daripada beberapa cerita rekaan untuk mengalih perhatian dari penyiasatan skandal 1MDB, cerita konspirasi adalah tidak berapa penting.
Jika konspirasi dijadikan sandaran maka tidak mungkin bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar bin Ibrahim disabitkan kesalahan, dua kali, oleh badan penghakiman negara.
Jika cerita konspirasi dijadikan sandaran, Najib pun ada berjumpa dengan Saiful Bukhari sebelum laporan polis kes liwat kedua terhadap Anwar Ibrahim dibuat. Apakah perjumpaan itu menidakkan jenayah liwat yang dilakukan Anwar?
Jika tidak kenapa perjumpaan Justo dengan ahli politik Malaysia atau Ahli Kongres Timbaktu atau mungkin Sami Budha dari Burma harus menjadi isu utama yang dicanang tanpa henti? Jika Justo meniduri pelacur dari Kota Belit pun, tidak menjadi isu kepada rakyat Malaysia.
Perkara pokok bagi kita adalah - rasuah, salahguna kuasa, melesapkan duit negara, mencuri tanah milik kerajaan, menipu pihak berkuasa termasuk Bank Negara dan berbohong kepada rakyat Malaysia.
Yang penting bagi kita rakyat Malaysia ialah untuk memastikan agar negara kita ini tidak diketuai oleh seorang individu yang tidak bermoral, rasuah, pembohong dan telah menggadaikan diri kepada kuasa asing, termasuk saudagar Unta yang kaya-raya dari Timur Tengah.
Yang penting bagi kita adalah agar Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, tampil memperjelaskan beberapa jenayah penipuan, pengalihan wang haram serta salahguna kuasa yang melibatkan beliau sebagai penjawat awam yang telah bersumpah untuk setia kepada negara ini.
Kita risau kalau-kalau negara kita ini sebenarnya sudah tergadai. Kita amat risau jika pemimpin kita tidak lagi bergerak diatas landasan kebenaran demi kepentingan negara Malaysia dan rakyatnya. Kita risau kebatilan semakin subur dengan taburan wang ringgit dan emas permata. Kita risau akan kelangsungan negara kita Malaysia.
Tidak mengapa jika Najib tidak ingin menceritakan apa beliau bincang dengan mangsa liwat Anwar Ibrahim sebelum laporan Polis dibuat beberapa tahun yang lalu itu, kita ingin tahu kebenaran akan skandal 1MDB yang amat memalukan negara dipersada dunia sekarang.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak harus tampil menjawab segala persoalan yang ditimbulkan secara terbuka dan bukannya menyorok dibelakang budak hingusan bergelar Menteri kabinet.
Perdana Menteri boleh bermula dengan menjawab soalan mudah berikut:-
Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, BENAR atau TIDAK duit berjumlah lebih kurang RM2.6 Billion dimasukkan kedalam akaun peribadi anda di Ambank?
- http://www.apanama.my/

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.