Followers

Wednesday, July 22, 2015

Lim Kok Wing Tarik Diri Jadi Penasihat Najib

 



Hanya baru beberapa bulan seorang penasihat perdana menteri dilaporkan meletak jawatan sebagai penyelaras kempen memperbaiki imej Datuk Seri Najib Razak.

Memetik sumber The Malaysian Insider melaporkan Tan Sri Lim Kok Wing melepaskan jawatan itu pada awal bulan ini.

Beliau menyertai barisan penasihat Najib awal tahun ini ketika pelbagai pihak mempertikaikan kredibiliti perdana menteri.

Satu daripada perancangan dilakukan Lim untuk membantu Najib ialah siri jelajah perdana menteri bertemu rakyat bagi mendengar pandangan orang ramai terhadap kerajaan.

Peletakan jawatan Lim berlaku ketika Najib masih bergelut dengan dakwaan skandal 1MDB serta peningkatan desakan supaya beliau berundur daripada jawatan perdana menteri.

Di sebalik laporan mengenai pelantikannya, Lim, 69, mendakwa beliau bekerjasama dengan kerajaan sejak Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada 1974.

Selain berkempen untuk memperbaiki imej Najib, Lim juga dilaporkan bertanggungjawab merancang strategi untuk menyanggah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.