PAS - RAMAI YANG DAH MERAJUK
PETALING
JAYA: Seorang lagi bekas pemimpin Pas secara terbuka menyatakan hasrat
untuk menyertai DAP. Terbaru, bekas Peguam Pas, Zulhazmi Shariff yang
keluar dari parti itu pada 15 Jun lalu, dijangka akan berbuat demikian
dalam tempoh terdekat.
Sewaktu
dihubungi FMT, dia menyatakan masih belum lagi menyerahkan borang
penyertaannya dan tidak menolak kemungkinan ia akan dibuat pada Khamis
di Majlis Berbuka Puasa di Sunway Putra anjuran Ahli Parlimen Segambut,
Lim Lip Eng.
Mengulas
penyertaannya dalam parti DAP, Zulhazmi yang pernah memegang jawatan
sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat turut memberitahu DAP
merupakan sebuah parti yang konsisten dengan prinsipnya.
“Di antara
parti politik pembangkang yang ada di Malaysia, yang konsisten melawan
Barisan Nasional (BN) adalah DAP dan berpegang kepada prinsip.
“Kalau
DAP mahukan ketelusan, parti itu akan berusaha untuk menjadi lebih
telus, contohnya dari segi ketelusan pentadbiran kerajaan negeri di
Pulau Pinang,” terangnya.
Pada
masa sama, Zulhazmi menafikan DAP sebagai parti yang menentang dan
menindas orang Islam selain merasakan DAP tidak menolak perlaksanaan
hukum hudud secara total.
“Saya tidak nampak DAP menentang atau menindas
Islam. Walhal, dalam isu hudud sekalipun saya tidak rasa DAP
membantahnya, cuma tidak berpuas hati dengan tindakan PAS yang tidak
mengikut saluran dan semangat yang betul. “DAP tidak pernah kata hudud
tidak boleh dilaksana, tidak elok atau zalim.
Hanya
UMNO yang berkata demikian, bahkan, pemimpin DAP hanya menyatakan ia
tidak boleh dilaksana kerana melanggar peruntukan Perlembagaan
Persekutuan,” jelasnya.
Tidak terhenti di situ, Zulhazmi turut mengakui
bahawa penyertaannya ke dalam parti DAP adalah disebabkan rasa kecewanya
dengan Pas.
“Pas masih di takuk lama, menganggap hanya mereka sahaja
betul dan apa yang dilakukan oleh rakan parti komponen Pakatan Rakyat
(PR) adalah salah,” katanya. -fmt-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.