Followers

Thursday, July 2, 2015

KPN Ulangi Tiada Unsur Pecah Amanah Oleh MARA ??

Mafiaboss Melayu's photo.Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan pihaknya tidak melihat apa-apa elemen pecah amanah (CBT) dalam pembelian sebuah apartmen oleh anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Australia.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan terus menunggu siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“SPRM telah mulakan siasatan terhadap MARA sejak bulan Mac. Saya pasti, jika ada unsur CBT, pihak SPRM akan terus memaklumkan kepada kita,” ujarnya.

Khalid menafikan laporan yang menyatakan pihak polis langsung tidak melakukan siasatan terhadap kes pembelian sebuah apartmen oleh MARA di Australia.

“Siapa cakap tidak ada siasatan, saya tidak cakap. Saya cuma beritahu, buat masa ini kita tidak nampak unsur CBT,” ujarnya.

Semalam, Khalid menyatakan keseluruhan siasatan akan dijalankan oleh SPRM.

Laporan akhbar Australia, The Age, mendakwa anak syarikat MARA iaitu MARA Inc terlebih bayar RM13.7 juta untuk pembelian sebuah kompleks apartmen di Melbourne, dan mendakwa wang perbezaan itu dijadikan rasuah untuk orang tertentu di negara ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.