Followers

Wednesday, July 1, 2015

Kenapa menteri TAKUT dengan saya, soal Tony Pua

 
 Kenapa menteri TAKUT dengan saya, soal Tony PuaAhli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini membangkitkan persoalan mengapa menteri Umno begitu takut pada dirinya, sedangkan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Halmi tiada sebarang masalah berdepan dengannya dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Dalam satu kenyataan hari ini, Pua sebaliknya berkata beliau lebih terkejut apabila menteri daripada Barisan Nasional (BN) itu tidak yakin 8 wakil mereka dalam PAC mampu mengawal dirinya seorang.
"Biar saya jelaskan semula, tiada konflik kepentingan untuk saya duduk sebagai ahli PAC dalam isu skandal 1MDB.

“Jika pemimpin BN begitu khuatir tentang proses siasatan, mereka harus meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercuti sebagai menteri kewangan dan perdana menteri," katanya.

Pua berkata, ini kerana perdana menteri terlibat secara langsung dengan syarikat tersebut yang kini menanggung RM42 bilion beban hutang dan transaksi syarikat melibatkan "kebenaran bertulis" Najib.

"Bagaimana Najib boleh dibenarkan untuk mengarahkan siasatan skandal sebesar itu apabila beliau juga merupakan suspek utama?" soal Pua.

Peguam Umno Tan Sri Mohammed Shafee Abdullah sebelum ini menggesa agar Pua menarik diri daripada PAC dan gesaan itu turut disokong oleh Pengerusi Majlis Hhli Parlimen BN (BNBBC) Tan Shahrir Samad.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut membuat gesaan sama terhadap Pua semalam.

"Menteri dan pemimpin BN jelas ketakutan kemungkinan berhadapan dengan panel siasatan terhadap syarikat yang dibebani hutang," katanya, merujuk kepada 1MDB.

Pua berkata, beliau juga kagum kerana sukar untuk memahami mengapa perlu dirinya berasa malu dengan mendedahkan salah laku dalam syarikat tersebut.

"Saya juga tertanya-tanya, kenapa parti saya, penyokong, dan mereka yang terlibat akan berasa malu jika saya dedahkan perkara ini," katanya.

Pua sebaliknya berkata, beliau yakin rakyat Malaysia akan berasa jijik dan menjejaskan kredibiliti PAC sekiranya dirinya disingkirkan daripada PAC.

"Mereka yang seharusnya malu adalah menteri dan pemimpin BN yang sepenuh hati dan menyokong membuta tuli amalan 'bailout' 1MDB menggunakan dana pembayar cukai."– TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.