Chef Wan Bodoh Kerana Dedah Aib Keluarga Sendiri
Luahan hati Chef Wan melalui Instagram baru baru ini telah mendapat reaksi ramai selepas apa yang dikatakan turut sama dirasai oleh ramai keluarga lain namun tidak kurang juga yang berkata chef selebriti itu tidak sepatutnya mendedahkan aib keluarga sebegitu rupa.
Melalui beberapa akaun sosial media hari ini, ada ahli keluarga Chef Wan telah tampil membela diri dengan menceritakan keadaan sebenar apa yang berlaku sehingga mereka bangun lewat dan didakwa tidak membantu sebarang persiapan di rumah keluarga di kampung.
“Kelakar bila orang luar judge family kau based on caption Instagram dan tidak tahu kisah sebenar. Banyak gula dan garam yang ditambah bagi dia nampak seperti Tuhan.
Mereka tidak sedar selama ini yang datang beraya rumah Chef Wan tu, adik beradik dan anak anak saudara yang memasak, mengemas dan sebagainya”
“Dia hanya tahu maki dan bersiap melayan peminat dia sahaja. Tak percaya? Mari datang beraya di Sungai Koyan tahun hadapan. Tengoklah perangai jijik sebenar seorang chef selebriti,” tulis pengguna Facebook dengan nama Jimms GM baru baru ini.
"By the way, gambar dalam Instagram itu, ayat kedua. Tiada kaitan dengan tak pergi solat raya. Bangun lambat sebab melayan tetamu/fan dia yang datang ramai. Setiap tahun, itulah kebenarannya.
"Nak menegur boleh tetapi tak perlu upload gambar orang tidur tanpa kebenaran. Itu kan aib? Mungkin dia perlukan perhatian dari pihak berkuasa. Soon," katanya lagi yang jelas sekali kesal dengan tindakan Chef Wan yang telah mengaibkan mereka.
Kini laman Instagram Chef Wan telah disetkan kepada private, dipercayai selepas tersebarnya bebelannya di pagi raya itu. -
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.